Ainul Aishah Jual Biskut Selepas Belajar Di YouTube

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ainul Aishah
Ainul Aishah

PETALING JAYA: Pelakon Ainul Aishah mengakui langkahnya mempelajari resipi membuat biskut menerusi laman YouTube memberi pulangan menggalakkan apabila beberapa jenis biskut yang dijualnya mendapat sambutan luar biasa.

Kata Ainul, 28, disebabkan perkara itu dia terpaksa menggaji seorang pembantu kerana perlu memenuhi permintaan dan tempahan daripada orang ramai.

“Pada mulanya saya buat biskut untuk suka-suka sahaja dengan mempelajarinya di YouTobe dan tidak sangka pula apabila saya jual, ia mendapat sambutan yang menggalakkan sekali.

“Biskut-biskut itu saya jual dengan cara meletakkannya di bazar-bazar tertentu serta kedai runcit sekitar Bangi (Selangor) serta di Rasta, Taman Tun Dr Ismail (Kuala Lumour),” ujarnya yang menamakan biskut-biskutnya Ainul A Cookies.

Selain perniagaan berkenaan, Ainul juga menolong keluarganya membuka cawangan Tutty Fruity di Bangi, dekat sini dan Nilai, Negeri Sembilan.

Sehubungan itu tambah pelakon drama Begitulah Cinta ini, dia merancang untuk membuka sebuah kafe tidak lama lagi bagi mengembangkan perniagaan tersebut.

Jelas Ainul, disebabkan ingin memberi fokus terhadap dunia perniagaan membuatkan dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon terutamanya drama bersiri.

"Saya memang tidak ambil tawaran yang memerlukan komitme tinggi seperti drama bersiri. Kalau sedikit sahaja dan watak yang bagus saya akan terima.

"Bukan apa, umur saya sudah 28 dan saya perlu mempunyai pendapatan yang tetap dan fikir masa depan, kalau berlakon tidak menjanjikan masa depan yang baik untuk saya," katanya.

Ainul yang baru selesai penggambaran filem Pilot Cafe mengakui menerima tawaran tersebut kerana ingin berlakon di bawah arahan Osman Ali.

"Saya sudah lama teringin untuk berlakon dengan Osman Ali, ini peluang baik yang tidak boleh dilepaskan biarpun watak saya hanya sekadar pembantu sahaja.

"Lagi pula filem ini merupakan lakonan saya selepas kira-kira setahun saya menyepi kerana sibuk dengan bisnes," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan