Tiada Sokongan Pelakon Jejaskan 'Sembunyi:Amukan Azazil'

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khabir Bhatiar, Fizo Omar, Emelda dan Tengku Eista
Khabir Bhatiar, Fizo Omar, Emelda dan Tengku Eista

PETALING JAYA: Penerbit filem Sembunyi:Amukan Azazil, Tengku Iesta Tengku Alauddin mengakui ketidakhadiran beberapa tunggak utama filem tersebut telah menjejaskan promosi filem itu.

Bagaimanapun, Tengku Iesta berkata, mereka terpaksa akur terhadap komitmen lain yang dihadapi oleh pelakon-pelakon tersebut.

"Soal kehadiran pelakon-pelakon adalah di luar bidang kuasa kami, lagi pula pihak Filmscape Sdn Bhd yang menguruskan hal-hal berkaitan pelakon. Saya difahamkan mereka sudah dijemput untuk datang ke majlis pra tonton itu.

"Namun kita terpaksa faham dengan komitmen mereka, ada yang sedang melakukan penggambaran dan Diana Danielle pula di luar negara," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tengku Iesta mengulas mengenai ketiadaan pelakon-pelakon utama pada majlis pra tonton yang diadakan sebanyak dua kali bagi mempromosikan filem itu.

Filem arahan Kabir Bhatia terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd itu hanya dihadiri oleh Umie Aida, Remy Ishak dan Emelda Rosmila sahaja pada tayangan kali pertama bersama media pada 14 Mac lalu.

Manakala tayangan Malam Gala pada 25 Mac lepas turut menyedihkan apabila hanya Emelda Rosmila dan Fizo Omar sahaja kelihatan.

Sementara Diana Danielle dan Shanaaz Ahmad yang tidak muncul pada kedua-dua tayangan filem tersebut difahamkan mempunyai komitmen lain.

Selain pelakon-pelakon berkenaan, Sembunyi: Amukan Azazil turut menampilkan Sara Ali, Kismah Johar, Sheila Rusly dan Aznah Hamid.

Namun begitu, Tengku Iesta berkata, artis-artis tersebut bersedia untuk mempromosikan filem berkenaan melalui laman sosial masing-masing seperti Twitter dan Facebook mereka. Dalam pada itu, mengulas tentang filem seram berkenaan Tengku Iesta berkata pemotongan yang dilakukan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak menjejaskan mesej dan jalan cerita yang hendak disampaikan.

"Memang terdapat beberapa babak yang terpaksa dipotong bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan LPF, antaranya, adegan intim dan aksi ganas yang dianggap tidak sesuai untuk ditayangkan.

"Berkenaan pertukaran tajuk, memang benar, kita sebenarnya meletakkan tajuk Azazil pada mulanya namun terpaksa tukar atas sebab-sebab tertentu daripada pihak LPF," katanya.

Sementara itu menurutnya ramai pihak yang berpuas hati terhadap filem tersebut selepas menonton tayangan yang dilakukan.

"Pengkritik filem dan penulis blog beri ulasan yang baik. Filem ini agak berbeza dan lebih segar," katanya.

Sembunyi:Amukan Azazil mula berada di pawagam pada Khamis (hari ini).

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan