Gagal Terima Anugerah Tidak Buat Adi Putra Kecil Hati

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adi memberitahu tidak pernah mengharap mendapat pengiktirafan dalam bidang lakonan.
Adi memberitahu tidak pernah mengharap mendapat pengiktirafan dalam bidang lakonan.

PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra tidak berkecil hati ataupun mempunyai rasa marah sekiranya gagal menerima sebarang pengiktirafan sepanjang beberapa tahun bergelar pelakon.

Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, dia menganggap perkara itu tidak akan memberi kesan kepada kehidupannya.

"Tidak jadi kudis kalau saya tidak menang sebarang anugerah kerana perkara itu tidak pernah menjadi tumpuan saya dan cukuplah saya sekadar melunaskan tanggungjawab saya sebagai pelakon," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Adi berkata, peminat adalah anugerah terbesar untuknya dan sokongan mereka membuatkan dia sentiasa bersemangat untuk memperbaiki mutu lakonan.

"Tanpa peminat, saya tidak akan berada di tahap ini sekarang. Apa yang saya lakukan adalah demi menghargai segala sokongan mereka terhadap saya," jelasnya.

Pun begitu kata Adi, dia tidak boleh berasa selesa dengan pencapaian dan populariti yang dikecapnya dan perlu sentiasa memperbaiki kekurangan diri.

Dalam perkembangan lain, Adi berkata, dia bakal menerbitkan sebuah filem adaptasi daripada sebuah novel bertajuk Suami Aku Ustaz di bawah syarikat produksinya, Nur ADP Sdn Bhd selain turut berlakon sebagai watak utama dalam karya itu.

Selain itu, Adi yang bakal muncul dengan filem terbaharunya berjudul Langgar pada 11 April ini turut sibuk di lokasi penggambaran beberapa buah drama.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan