Emelda Rosmila Jadikan Suami Tempat Rujuk

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Emelda Rosmila
Emelda Rosmila

PETALING JAYA: Pelakon Emelda Rosmila mengakui menjadikan suaminya, aktor Adlin Aman Ramlee sebagai tempat rujukan dalam menghayati setiap watak yang ingin dilakonkannya.

Emelda, 33, berkata, dia sering meminta pendapat suaminya terlebih dahulu agar karakter yang akan dilakonkannya menjadi lebih baik.

"Kelebihan berkahwin dengan pelakon ini, kita dapat bertukar pendapat dengannya terutamanya untuk menjadikan watak itu lebih baik.

"Adlin banyak bagi tunjuk ajar dan panduan kepada saya, dia akan tegur kalau apa yang dirasakannya boleh dibaiki lagi," katanya.

Tambah Emelda, suaminya sering menjadi pemerhati dan pengkritik dalam setiap drama yang dilakonkan.

Namun begitu, bagi filem Sembunyi:Amukan Azazil ini, Adlin memberi komen yang bagus terhadap lakonannya dan keseluruhan filem ini.

"Bagi filem ini, dia hanya komen lakonan saya baik sahaja, dia juga anggap filem ini adalah filem yang menarik dan bagus untuk ditonton," katanya.

Bercerita tentang aktiviti lakonan, Emelda mengakui banyak menerima tawaran berlakon dengan drama terbitan produksi Filmscape Sdn Bhd berbanding produksi lain.

"Saya sudah lapan tahun dengan bekerjasama dengan Filmscape dan memang selalunya saya akan utamakan tawaran dari filemscape berbanding produksi lain.

"Mungkin kerana sudah lama bekerja dengan mereka dan menjadikan kami seperti keluarga," katanya.

Dalam pada itu, Emelda turut mengakui dia kini mengurangkan aktiviti lakonan berbanding sebelum ini berikutan terpaksa membahagikan masa dengan pelajaran.

"Saya tidak ambil banyak tawaran berlakon, saya hanya habiskan satu-satu penggambaran kerana kena bahagikan masa dengan belajar.

"Tapi saya tidak pernah putus berlakon cuma ramai yang tidak perasan mungkin watak saya sebagai pembantu atau tiada publisiti lagi selepas berkahwin," katanya yang kini menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi yang ditawarkan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan