Hetty Koes Endang Tidak Mahu Anak Ikut Caranya

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hetty Koes Endang bersama anaknya Afifah Qamariah. Foto Ihsan UTUSAN MALAYSIA.
Hetty Koes Endang bersama anaknya Afifah Qamariah. Foto Ihsan UTUSAN MALAYSIA.

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang mahu anak-anaknya mempunyai identiti tersendiri apabila bergelar seorang penyanyi suatu hari nanti.

Hetty atau nama sebenarnya Hetty Madewy Endang, 55, berkata dia sanggup membayar seorang guru vokal untuk mengajar teknik nyanyian yang betul kepada anak-anaknya.

"Saya beritahu mereka terutama anak perempuan saya iaitu Afifah agar tidak meniru cara saya.

"Saya mahu dia ada identiti tersendiri dan bukan pengganti Hetty Koes Endang. Kerana itu juga saya tidak mengajarnya vokal tetapi sanggup mengupah guru vokal lain untuk mendidiknya," kata Hetty kepada .

Penyanyi yang popular dengan lagu, Hati Lebur Jadi Debu ini mempunyai dua cahaya mata iaitu Ameer Mahmed, 18 dan Afifah Qamariah, 15.

Tambah Hetty, dia mahu Afifah memasuki industri seni apabila sudah benar-benar bersedia dan selepas tamat persekolahan.

"Dia masih lagi bersekolah dan saya mahu dia fokus dengan pelajaran kemudian baru ceburi bidang nyanyian. Saya rasa dia masih belum bersedia untuk menyanyi.

"Saya tidak mahu dia jadi seperti anak-anak penyanyi lain yang muncul dalam industri tapi nyanyian mereka biasa-biasa sahaja," katanya.

Hetty yang tidak lagi menerima mana-mana undangan nyanyian di Indonesia kini memilih untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.

"Di Indonesia saya memang tidak menyanyi lagi, saya hanya terima undangan di Malaysia, Singapura, dan Brunei sahaja. Itu pun sekadar melepaskan rindu kepada nyanyian dan secara tidak langsung untuk bercuti.

“Pada usia ini saya lebih selesa untuk menguruskan hal-hal rumah tangga, tugas sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak itu lebih menyenangkan," katanya.

Sementara itu, dia bakal beraksi pada majlis ‘Sepetang di Kuala Lumpur Bersama Hetty Koes Endang’ sempena Minggu Setiausaha yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 April depan.

Tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan itu dijual pada harga RM15,000 (satu meja – 10 orang) bagi kedudukan VVIP manakala lain-lain tiket dijual pada harga RM500, RM750 dan RM1,000 bagi setiap seorang.

Untuk tempahan tiket, orang ramai bolehlah menghubungi 016-2631303, 0111-5511055, 012-25788854 atau membuat bayaran terus di kaunter PWTC pada waktu pejabat.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan