Filem 'Tanda Putera' Ditayang Selepas PRU-13

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rusdi Ramli dan Faezah Elai antara pelakon filem 'Tanda Putera'.
Rusdi Ramli dan Faezah Elai antara pelakon filem 'Tanda Putera'.

SHAH ALAM: Pengarah Filem Tanda Putera Datin Paduka Shuhaimi Baba pada Selasa berkata filem itu akan ditayangkan kepada orang ramai selepas pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata keputusan itu diambil bagi membolehkan orang ramai menonton filem itu dalam keadaan tenang serta mengelak bantahan daripada pihak tertentu.

Shuhaimi berkata beliau memegang hak tayangan filem itu untuk ditayangkan secara tertutup dan bersedia menayangkan filem itu kepada mana-mana pihak termasuk pembangkang sekiranya dibayar.

"Saya telah membuat keputusan untuk tayang filem ini selepas pilihan raya agar penonton dapat tengok dalam keadaan tenang dan tak perlu gaduh dan buat protes," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi anggota panel dalam Wacana 'Artis masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi' di Kompleks Karangkraf di sini, Selasa.

Jemaah Menteri sebelum ini membuat keputusan menangguhkan filem itu kerana terdapat babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dilaporkan berkata demi kebaikan antara kaum, Jemaah Menteri memutuskan penayangan filem itu wajar ditangguhkan sebab mengandungi babak yang mungkin menimbulkan konflik keras.

Filem sejarah itu yang diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), memaparkan kisah Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan