Christina Aguilera Saran Justin Bieber Berehat

Diterbitkan: Ahad, 24 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Christina Aguilera
Christina Aguilera

PENYANYI Christina Aguilera menyarankan agar Justin Bieber berhenti daripada duni selebriti untuk seketika apabila melihat pelbagai masalah yang timbul sejak kebelakangan ini.

Menurut laporan portal The Sun, penyanyi lagu Genie In The Bottle itu menganggap Justin perlu berehat daripada lensa kamera yang sentiasa mengejarnya sehingga telah menganggu emosi penyanyi muda itu.

"Bukan mudah untuk melalui kehidupan yang sentiasa berdepan dengan kamera-kamera yang entah dari mana mereka muncul (paparazzi).

"Ambillah masa untuk bersendirian dan kamu akan belajar seiring dengan usia kamu yang sedang melalui proses alam dewasa. Segarkan fikiran dan kembangkan inspirasi dalam berkarya," nasihat Christina kepada Justin.

Christina menambah, dia sangat memahami situasi Justin di mana dia juga pernah melalui tekanan sebagai seorang selebriti muda.

Malah dia juga berharap agar Justin cepat menghilangkan diri buat seketika sebelum kariernya hancur gara-gara kelakuan sendiri.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan