China Menang Projek Dokumentari Terbaik Asia di ASD2013

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ASD 2013 ini merupakan sebuah program pembangunan industri dokumentari yang berlangsung di Royale Chulan. Foto: Finas
ASD 2013 ini merupakan sebuah program pembangunan industri dokumentari yang berlangsung di Royale Chulan. Foto: Finas

KUALA LUMPUR: Projek Dokumentari Terbaik Asia dimenangi oleh pembikin dokumentari dari negara China, Zhao Qing, dengan tajuk 'Please Remember Me' di Anugerah Asian Side Of The Doc 2013 (ASD 2013) yang berlangsung pada Jumaat.

Manakala Projek Dokumentari Terbaik Antarabangsa diterima oleh Thomas Ellis dari United Kingdom bertajuk Love Is Not Crime.

Sementara itu, dua peserta dari Malaysia iaitu Hana Nadira dengan projek bertajuk Borneo Punk Rock dan Ahmad Fuad Ahmad Yazid, 'The Gold Detective' masing-masing memenangi kategori Projek Dokumentari Terbaik Malaysia dan Anugerah Dokumentari Melangkawi Sempadan.

ASD 2013 ini merupakan sebuah program pembangunan industri dokumentari yang berlangsung selama empat hari bermula Selasa lalu di Royale Chulan.

Ia merupakan anjuran KPKK melalui Finas dengan kerjasama Bang Singapura, Sunny Side of The Doc dan Persatuan Dokumentari Malaysia.

Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Raja Rozaimie Dalnish Shah, berkata, pihaknya sedang cuba mengangkat filem-filem dokumentari setaraf dengan filem cereka agar negara ini tidak ketinggalan dalam menghasilkan pelbagai filem genre tersebut seperti negara-negara luar.

"Antara pengisian ASD 2013 seperti persidangan, cara pemasaran, 'masterclass' dan jaringan perniagaan.

"Saya harap menerusi program ini, ia sebagai sebuah strategi bagi pembangunan industri dokumentari tempatan ke peringkat antarabangsa," ujarnya.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Side Of The Doc 2013.

1. Projek Dokumentari Terbaik Asia - Please Remember Me (China)

2. Projek Terbaik Antarabangsa - Love Is Not A Crime (United Kingdom)

3. Dokumentari Terbaik - Okhwan (Yugoslovia)

4. Anugerah Istimewa Juri - Like Ants For Suger (India)

5. Projek Dokumentari Terbaik Malaysia - Borneo Punk Rock (Malaysia)

6. Anugerah Tanpa Sempadan - The Gold Detective (Malaysia)

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan