Adi Putra Cadang Tambah Seorang Lagi Anak Angkat

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adi mengakui kehadiran anak angkatnya, Zara telah mengubah hidupnya sebagai lelaki.
Adi mengakui kehadiran anak angkatnya, Zara telah mengubah hidupnya sebagai lelaki.

PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra tidak menolak kemungkinan akan mengambil seorang lagi anak angkat pada masa hadapan selepas kehadiran Zara Adelia dalam rumah tangganya sejak lima bulan lalu.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, walaupun masih mengharap untuk mempunyai anak sendiri namun mempunyai anak angkat adalah salah satu usaha untuk membina keluarga bahagia.

"Sebagai manusia kita tidak boleh mengharap kepada sesuatu perkara sahaja kerana terdapat pelbagai cara dan usaha boleh digunakan.

"Kemungkinan untuk mengambil seorang lagi anak angkat itu ada, Insya-Allah," katanya kepada mStar Online.

Adi dan isterinya, Zuhaida Yusof, 38, bernikah pada 14 April 2006.

Dalam pada itu, Adi berkata, dia seronok dapat bergelar ayah kepada Zara yang kini berusia lima bulan kerana kanak-kanak itu menjadi pengikat kepada rumah tangganya yang hampir-hampir roboh pada tahun lepas.

Jelasnya, walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni namun dia sentiasa memastikan akan meluangkan masa bersama anaknya itu.

"Kehadiran Zara benar-benar telah mengubah kehidupan kami dan sebagai lelaki saya seronok bergelar seorang ayah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Adi berkata, selain bakal muncul dengan filem Langgar arahan Sein (Ruffedge) dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian berjudul Teduhan Kasih di samping Nabila Huda.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan