Rita Rudaini Minta Jangan Burukkan Namanya

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rita menegaskan akan menghantar wakil dalam jawatankuasa pendamai mengenai krisis rumah tangga yang sedang dihadapinya.
Rita menegaskan akan menghantar wakil dalam jawatankuasa pendamai mengenai krisis rumah tangga yang sedang dihadapinya.

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini menganggap tuduhan yang dibuat bapa mertuanya, Abd. Radzak, 64, yang kecewa dengannya kerana gagal menghantar wakil dalam jawatankuasa pendamai bagi proses permohonan cerai pasangan itu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan Selasa sebagai mencalar reputasinya.

Rita, 37, menjelaskan dia tidak sepatutnya dipersalahkan kerana peguamnya telah menghantar surat kepada peguam suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak, 26, dan mahkamah terlebih awal memberitahu dia tidak dapat hadir kerana berada di luar daerah.

"Jangan hendak burukkan nama saya sebab selama ini saya tidak pernah tidak hadir ke mana-mana perbicaraan, tuduhan ini mencalar reputasi saya.

"Saya tidak tahu kenapa pihak Aidil tidak tahu perbicaraan ini telah ditangguhkan ke 3 April 2013," katanya kepada Kosmo! dalam laporan pada Khamis.

Tegas Rita, pihaknya akan menghantar wakil dalam jawatankuasa pendamai itu.

Mahkamah pada 25 Februari lalu mengarahkan satu jawatankuasa pendamai ditubuhkan selepas permohonan cerai pemain bola sepak Johor DT itu terhadap isterinya itu dibantah oleh Rita.

Dalam jawatankuasa tersebut, kedua-dua belah pihak dikehendaki menghantar seorang wakil yang terdiri daripada keluarga terdekat untuk mencari jalan penyelesaian sebelum hasil perbincangan itu dikemukakan kepada mahkamah.

Rita dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan dikurniakan dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Mereka tidak tinggal bersama selepas pemain bola sepak itu dikatakan meninggalkan rumah kelamin mereka di Damansara pada tahun lalu.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan