"Perkahwinan Saya dan Katy Perry Telah Ditakdirkan Untuk Goyah Pada Hari Pertama Lagi" - Russell Brand

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAWAK British, Russell Brand mendakwa perkahwinan singkatnya dengan penyanyi popular Katy Perry telah ditakdirkan untuk musnah sejak hari pertama lagi apabila mereka berdua memanjat belakang gajah untuk melafazkan pernikahan.

Dalam satu rakaman temubual dengan sebuah stesen radio XFM, Russell dalam nada berjenaka berkata yang perkahwinannya pun bermula atas dasar yang tidak kukuh dan goyah iaitu di atas badan gajah tetapi "saya telah cuba yang terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga kami."

“Perkahwinan kami itu telah goyang dari hari pertama kami melafazkan ikatan perkahwinan iaitu sebelum saya sempat turun dari belakang badan gajah yang menjadi pentas kami mengikat tali perkahwinan.

“Ia adalah suatu ikatan yang tidak menyeronokkan...Biar saya beritahu sesuatu tentang perkahwinan...Perkahwinan adalah satu ikatan antara dua insan yang boleh bertahan selama 14 bulan. Ia adalah ikatan janji suci selama 14 bulan iaitu bermula dari atas badan gajah dan berakhir di dalam suratkhbar," jelasnya dalam nada sinis yang jelas sekali merujuk kepada usia perkahwinannya yang hanya bertahan selama 14 bulan.

Apabila semua orang ketawa mendengar dia berkata begitu, Russell mencelah: "Jangan ketawa...saya dah cuba yang terbaik. Macamana kamu semua tahu dengan tepat berapa lama perkahwinan saya bertahan? Kamu semua buat kiraan masa eh!"

Pelawak itu yang berpisah dengan Katy pada Januari 2012 bagaimanapun masih sempat berjenaka dengan berkata; "Kita harap Katy tidak mendengar siaran ini lebih-lebih lagi hubungan dia dengan kekasih barunya John Mayer kini juga telah retak."

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan