Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, Antara Muka Baru 'Oh My English'

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelakon-pelakon Oh My English! bersama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.
Pelakon-pelakon Oh My English! bersama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.

PETALING JAYA: Beberapa selebriti popular telah dipilih bagi menjayakan rancangan bercorak pendidikan iaitu Oh My English! (OME) pada musim kedua selepas mendapati ia mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Mereka terdiri daripada Aaron Aziz, Zain Saidin, Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi dan Nur Fazura.

Naib Presiden, Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, Yasmin Megat berkata, pemilihan beberapa artis popular adalah berikutan permintaan daripada penonton melalui maklum balas yang diberikan pada siri pertama.

"Selepas tamat musim pertama kita terima maklum balas baik dari penonton yang mahu beberapa artis popular menyertai program ini.

"Seperti yang kita tahu artis seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani, Fazura, Tiz Zaqyah mempunyai pengikut yang ramai dan ia dapat menarik lebih ramai penonton," katanya pada sidang media pelancaran program Oh My English! musim ke2, di Sekolah Wawasan, USJ 15, Subang Jaya di sini pada Rabu.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr Amin Senin.

Tambahnya, disebabkan sambutan hangat terhadap rancangan tersebut, pihaknya perlu melipatgandakan komitmen untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan generasi muda menerusi medium berkenaan.

"Pada musim pertama lalu OME! telah mencatatkan jumlah penonton seramai lebih 3.6 juta, lebih 8.4 juta menontonnya di YouTube dan 430,000 peminat di Facebook.

"Kami sangat terharu dengan respons positif yang kami terima daripada pelajar sekolah, ibu bapa sehinggalah guru-guru, bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Brunei, Singapura, Indonesia, Timur Tengah dan Korea," katanya.

Menerusi program 20 episod itu, OME! meneruskan formulanya menggabungkan lawak jenaka dan pendidikan untuk membantu para penonton menguasai pertuturan dalam Bahasa Inggeris.

Selain watak-watak baru, OME! turut mengekalkan karakter-karakter lama dalam kelas 3 Merah iaitu Jibam (Akhmal Nazrin), See Yew Soon (Roax Tan), Shafiq (Aedy Ashraf), Azlin( Izara Aishah, dan cikgu Henry Middleton (Zain Saidin).

OME! bakal menemui penonton pada setiap Ahad pukul 7.30 malam menerusi Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Mustika HD (saluran 134) bermula 31 Mac depan.

Bagaimanapun Di Sebalik Tabir istimewa OME! dapat diikuti pada Ahad ini menerusi saluran yang sama.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan