Siti Nurhaliza Duet Lagu 'Fire' Bersama Babyface Esok

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Babyface akan berduet dengan mempersembahkan lagu berjudul Fire milik bintang antarabangsa itu sempena Grand Prix Formula One 2013 malam Khamis ini (esok).

Majlis itu akan diadakan di Hotel Majestic dekat sini bagi mengutip dana Yayasan Institut Jantung Negara (IJN)

Siti, 34, berkata, dia sudah membuat latihan dan persiapan selepas diberitahu oleh Babyface atau nama sebenarnya, Kenneth Brian 'Babyface' Edmonds mengenai pemilihan lagu yang ingin mereka sampaikan.

"Selepas diberitahu judul lagu yang dibawakan, saya terus membuat persiapan dan latihan.

"Kami juga akan berlatih bersama pada tengah hari Khamis. Insya-Allah pada majlis itu, lagu-lagu yang dibawakan akan disampaikan dengan baik," katanya yang dihubungi mStar Online, pada petang Rabu.

Selain lagu Fire, tambah Siti, pihak Babyface turut memberi sebuah lagi lagu pilihan berjudul Everytime I Close My Eyes.

Sementara itu, ditanya adakah Siti akan melakukan kolaborasi bersama Babyface menerusi pembikinan lagu baharu pula, Siti belum terfikir tentang hal tersebut.

Namun, dia mengakui teringin bekerjasama dengan bintang itu pada masa akan datang sekiranya diberi peluang.

"Berduet bersama Babyface adalah satu peluang yang terbaik setakat ini dan kalau boleh mestilah saya ingin bekerjasama dengannya lagi.

"Tetapi saya faham di mana saya hanya menjadi jemputan duet untuk menyanyi dengannya pada majlis tersebut sahaja," tuturnya.

Tawaran berduet dengan penyanyi antarabangsa itu merupakan kali kedua buat Siti selepas bergandingan dengan Gareth Gates pada Anugerah MTV pada tahun 2004 di Singapura.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan