Norman Hakim Tidak Tergugat Dengan Pelakon Baharu

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman Hakim
Norman Hakim

PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim mengaku kemunculan ramai pelakon baru ketika ini sedikit pun tidak menggugat kedudukannya sebagai pelakon senior.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 37, berkata, pada usianya kini, dia lebih banyak menerima tawaran berlakon berbanding ketika zaman mudanya dahulu.

“Bukan nak riak tetapi terus terang saya katakan kehadiran pelakon baru yang semakin ramai ketika ini tidak sedikit pun menjejas kerjaya seni saya.

"Alhamdulillah, sebenarnya sekarang ini saya lebih banyak menerima tawaran lakonan berbanding zaman muda dahulu, seiring dengan pengalaman lakonan yang ada pada saya,” katanya kepada mStar Online

Tambah Norman, disiplin dan kualiti kerja yang diamalkannya dapat menjamin kedudukan seseorang pelakon pada masa akan datang.

"Saya tahu fenomena industri seni tempatan sekarang ini yang lebih senang memilih pelakon baru lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan bajet.

"Tetapi saya percaya rezeki ada di mana-mana selagi seseorang itu mempunyai disiplin dalam bekerja.

"Tanyalah mana-mana produksi, mereka tahu cara kerja saya yang sentiasa bersiap sedia apabila berada di lokasi penggambaran," ujarnya

Dalam pada itu, Norman berkata, penampilan diri juga perlu diutamakan agar imej seseorang pelakon itu sentiasa segar, seiring dengan pelakon-pelakon baru.

Sementara itu, Norman bakal muncul di televisyen menerusi drama Tanah Merah terbitan Filmscape Sdn.Bhd yang akan disiarkan pada 28 Mac ini menerusi saluran ntv7.

Kata Norman dia gembira apabila diberi peluang bergandingan bersama pelakon-pelakon muda lain seperti Aishah Hoo, Zara Zya, Wan Raja dan Nazeera Sardi,

"Menerusi drama ini juga, sayalah yang paling senior dan ia agak sukar untuk mendapat keserasian bersama pelakon lain.

"Jadi mendekati pelakon-pelakon muda juga amat penting agar kita dapat memiliki aura mereka dan begitu juga sebaliknya, mereka perlu mendapat kematangan daripada kita," ujarnya.

Tanah Merah mengisahkan pencarian Johanna (Aishah) seorang wartawan muda dan berani dalam membantu rakannya, Maryam (Nazeera) menyiasat tentang misteri kematian ayahnya di Tanah Merah.

Siasatan yang dibuat Johanna telah ditentang editornya, Roslan (Rahim Omar) namun wanita itu tetap nekad mencari kebenaran kejadian itu.

Ia akan disiarkan setiap Khamis, pukul 8.30 malam.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan