Hayden Panettiere Pilih Lelaki Matang - Berita Hiburan | mStar

Hayden Panettiere Pilih Lelaki Matang

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hayden Panettiere
Hayden Panettiere

AKTRES Hayden Panettiere mengaku sukakan lelaki berusia dan matang, yang boleh mencabar minda secara intelektual.

Menurut laporan portal Contactmusic, Hayden berkata lelaki seperti itu sekali gus boleh menaikkan tahap kematangan dirinya sendiri.

"Apa yang saya inginkan (bercinta dengan lelaki tua) adalah satu keputusan yang tepat. Saya mahukan lelaki berusia dan saya bertuah kerana mempunyai kekasih yang menggerakkan pemikiran saya setaraf mereka," katanya.

Hayden yang berusia 23 tahun itu sedang menjalinkan hubungan dengan peninju Wladimir Klitschko, 36.

Sebelum ini aktres itu pernah bercinta dengan bintang Heroes, Milo Ventimiglia, 35.

Tambah Hayden, kesukaannya terhadap lelaki matang membuatkannya berasa sentiasa dilindungi dan selesa.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan