Seminar Filem 'Bunohan' & 'Argo' Percuma

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Babak dalam filem Bunohan
Babak dalam filem Bunohan

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan menganjurkan seminar bagi melihat perkembangan filem Asia dalam acara yang diberi judul Filem ‘Sebagai Filem: Antara Argo Dan Bunohan’.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengelola program ini, Dr Mahadi J Murat, seminar tersebut berfungsi untuk membandingkan dua filem terbaik masing-masing filem Argo (Anugerah Oscar) dan Bunohan (Festival Filem Malaysia ke 25)

"Kita akan mengupas dan menganalisis pencapaian filem Malaysia melalui perbandingan antara kedua-dua filem yang menjadi filem terbaik ini.

"Filem Argo baru dinobatkan sebagai filem terbaik di Oscar, manakala Bunohan pada FFM25 baru-baru ini," ujarnya yang dihubungi mStar Online, pada Isnin.

Seminar ini juga hasil kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Kesenian dan Kajian Media, Malaysia (Semesta).

Tambah Mahadi, antara aspek menarik yang akan disentuh ialah mengenai pendekatan, bentuk, kandungan dan struktur naratif kedua-dua filem berkenaan.

Katanya, biarpun peruntukan penerbitan filem Malaysia kecil jika dibandingkan dengan Hollywood namun stail pembikinan dan budaya berfikir karyawan tempatan setara dengan karyawan filem antarabangsa.

"Kita akan mengkaji sejauh mana pencapaian karyawan Malaysia dalam menterjemahkan idea filem mereka.

"Dalam sesetengah segi, upaya karyawan kita sebenarnya telah mengatasi mereka," katanya.

Tambahnya, selain dia sendiri dua orang ahli panel lain iaitu pengarah filem U-Wei Hj Saari dan pengkritik filem, Mohd Ali Atan akan bertindak sebagai moderator seminar tersebut.

Orang ramai yang berminat terhadap perkembangan filem Malaysia digalakkan untuk hadir menyertai majlis ini yang dilakukan secara percuma.

"Kita mengalu-alukan kehadiran orang-orang yang terlibat dalam dunia perfileman, mereka yang mengkaji tentang kandungan filem dan pelajar-pelajar perfileman," ujarnya.

Mahadi turut berharap hasil seminar ini akan memberi kesedaran kepada penerbit-penerbit filem untuk menghasilkan filem yang berkualiti dan bermatlamat.

Ia akan diadakan pada Sabtu ini di Studio Sound Stage Finas, Hulu Klang pada pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Mereka yang berminat boleh menghubungi 013-3232766, 0173575731 atau e-mel kepada info@semesta.com

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan