Elijah Wood Pegang Watak Lelaki Psiko

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Elijah Wood
Elijah Wood

PELAKON Elijah Wood akan tampil dengan imej berbeza berbanding watak-watak yang pernah dimainkan sebelum ini. Dalam filem terbaharu berjudul Maniac, Elijah akan memainkan watak seorang lelaki psiko.

"Saya rasa ada peminat yang akan terkejut dengan penampilan dan peranan saya dalam filem ini," ujarnya seperti dipetik BANG Showbiz.

Pelakon filem Lord of The Ring ini akan memainkan peranan sebagai Frank Zito, lelaki yang mengalami gangguan mental. Dia tinggal bersama ibunya Angela (America Olivio).

Setelah kematian ibu, Frank menjadi pembunuh upahan untuk menyara kehidupannya. Namun selepas mengenali wanita bernama Anna (Nora Arnezeder) dia mula berubah.

Maniac merupakan filem seram yang diadaptasi dari filem pada tahun 1980 dengan judul yang sama. Filem ini digarap oleh tiga orang penulis iaitu Alexandria Aja, Gregory Levasseur dan C.A. Rosenburg.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan