Justin Bieber Bengang Disamakan Dengan Lindsay Lohan

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Justin meminta maaf atas kekasaran bahasanya yang membuat perbandingan dengan Lindsay Lohan.
Justin meminta maaf atas kekasaran bahasanya yang membuat perbandingan dengan Lindsay Lohan.

PELBAGAI masalah yang dihadapi oleh Justin Bieber membuatkan ramai yang berfikir, penyanyi muda itu perlu dihantar ke pusat pemulihan. Dan kerana perkara itu, Justin terus menyelar dakwaan tersebut.

Menurut laporan The Sun, penyanyi kelahiran Kanada itu bertegas dia tidak akan masuk ke pusat pemulihan dan menolak dakwaan bahawa kelakuannya yang bermasalah seperti Lindsay Lohan, aktres yang mempunyai pelbagai masalah sosial.

"Jika ada yang berfikir saya akan ke pusat pemulihan, itu adalah satu perkara yang bodoh. Saya berusia 19 tahun dan mempunyai lima album yang hit. Selama saya berkembang dalam muzik, orang hanya menonton dan kemudian mengkritik setiap hari.

"Tetapi bagi saya apa yang dilakukan adalah luar biasa dan bagi yang membandingkan diri saya dengan Lindsay, cuba lihat dahulu hutangnya pada tahun 2012," katanya menerusi laman Instagram miliknya.

Sebelum ini Lindsay pernah dilaporkan bankrap gara-gara pelbagai hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Selain itu pelbagai masalah yang dilakukan juga kepada aktres tersebut.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian selepas memuatkan luahan perasaan di Instagram, Justin meminta maaf pula atas kekasaran bahasa yang ditulis itu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan