Yuna Gembira 'Shine Your Way' Dinyanyikan Peserta American Idol

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yuna menganggap pemilihan lagu duetnya bersama Owl City berjudul Shine Your Way untuk dipersembahkan di pentas American Idol dapat mempromosikan filem The Croods.
Yuna menganggap pemilihan lagu duetnya bersama Owl City berjudul Shine Your Way untuk dipersembahkan di pentas American Idol dapat mempromosikan filem The Croods.

PETALING JAYA: Penyanyi Yuna menganggap lagu nyanyiannya dengan kumpulan Owl City, Shine Your Way yang dinyanyikan oleh peserta program realiti American Idol merupakan satu peluang baik bagi mempromosikan filem The Croods.

Yuna atau nama sebenar Yunalis Zarai, 27, berkata, dia gembira diberi peluang dan kepercayaan menjayakan projek yang menjadikan lagu itu sebagai lagu tema kepada filem tersebut biarpun penglibatannya sangat kecil.

"Shine Your Way merupakan lagu ciptaan Alan Silvestri dan dinyanyikan oleh kumpulan Owl City dan menampilkan saya dalam lagu tersebut untuk filem itu, jadi ia sebenarnya bukan lagu saya.

"Walaupun bahagian saya dalam projek ini sangat kecil, namun saya gembira kerana diberi peluang untuk bergandingan dengan Owl City," katanya kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada Jumaat.

Lagu tersebut dipersembahkan oleh 10 peserta American Idol musim ke 12 pada episod penyingkiran pertama yang berlangsung pada Khamis(waktu Amerika).

Yuna yang kini menetap di New York turut mengakui lagu tersebut mempunyai kualiti yang bagus selain menyampaikan mesej positif kepada pendengar.

"Lagu tersebut mempunyai mesej positif hasil penulisan lirik oleh Adam Young dari Owl City dan saya gembira lagu ini disambut baik oleh peminat Owl City dan juga peminat saya," katanya.

Sementara episod tersebut boleh ditonton menerusi saluran Star World 711 di Astro pada pukul 6 petang dan ulangannya pada 15 Mac pukul 10 malam di saluran 8TV.

Filem animasi The Croods terbitan Dreamworks akan ditayangkan di seluruh dunia pada 21 Mac.

Sementara itu, Yuna menerusi laman Twitternya turut memberitahu akan muncul dalam program Tonight Show with Jay Leno bersama Owl City untuk mempersembahkan lagu duet mereka dihadapan penonton.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan