Elfira Loy Belum Sedia Berlakon Di Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon muda Elfira Loy, 18, masih belum bersedia untuk melebarkan sayapnya untuk berlakon dengan syarikat produksi luar negara kerana perlu memberikan komitmen yang tinggi terhadap pengajiannya.

Dia yang sedang menuntut di Kolej Universiti Damansara Utama (KDU) dalam bidang Seni Persembahan & Komunikasi berkata, pengalamannya dalam bidang seni juga masih baru yang turut menghalangnya ke negara jiran, Indonesia.

"Saya rasa belum sampai masa untuk saya keluar berlakon di negara orang, bagi saya banyak lagi yang perlu dipelajari di sini terutamanya bidang lakonan.

"Saya anggap, saya masih lagi hijau dan jika ke sana, saya perlu komitmen yang tinggi, lagi pula saya masih menuntut di kolej," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun, jelas Elfira, dia senang berlakon bersama pelakon-pelakon lelaki dari negara tersebut yang dapat memberikan pengalaman baru buatnya.

"Cara mereka sangat berbeza dengan kita di sini, apa yang saya lihat mereka lebih bersedia sebelum masuk ke set penggambaran.

"Mereka mahu semua terancang dengan teliti, yang mana di sini kebiasaannya penyediaan skrip kadang kala di saat-saat akhir," katanya.

Elfira sebelum ini pernah bekerjasama dengan pelakon kacak Randy Pangalila untuk drama Dalam Hati Ada Taman dan Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, manakala bersama Baim Wong untuk telefilem Untuk Terakhir Kali.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan