Keith Foo Rasa Bersalah Tinggalkan Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keith kembali ke Malaysia bukan kerana sudah tidak popular di Indonesia.
Keith kembali ke Malaysia bukan kerana sudah tidak popular di Indonesia.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan model, Keith Foo, 30, menyangkal dakwaan kononnya dia tidak popular di Indonesia sehingga memaksanya mengintai peluang dalam industri lakonan di negara ini.

Keith, anak kelahiran Bahau, Negeri Sembilan itu berkata, dia kembali ke Malaysia kerana ibu bapanya selain ingin menyumbangkan bakat di negara sendiri selepas 10 tahun membina nama di Indonesia sebagai pelakon dan model.

"Sepanjang 10 tahun berada di Jakarta ibu bapa sentiasa bertanya bila mahu kembali ke Malaysia dan saya berasa bersalah kerana tinggalkan mereka dan hanya bertemu sekali dalam setahun.

"Selain faktor mahu bersama keluarga, saya juga ingin menyumbang bakat yang ada kepada pembangunan industri hiburan tempatan," jelasnya yang dilantik sebagai artis naungan Astro.

Dalam pada itu, Keith berkata, dia sanggup menolak lapan tawaran filem dan drama rantaian di Indonesia apabila memilih kembali ke Malaysia untuk mencari peluang dalam industri lakonan tempatan.

"Saya tidak tinggalkan Jakarta sepenuhnya cuma buat masa ini tumpuan akan diberikan kepada lakonan di Malaysia kerana saya boleh kembali ke sana pada bila-bila masa.

"Apa yang penting sekarang saya mahu masyarakat di sini dapat melihat bakat lakonan saya dan menyumbang kepada pembangunan industri lakonan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pemilihannya sebagai artis baharu di bawah payung Astro, Keith berkata, ia adalah peluang baik untuknya mengembangkan karier ke tahap lebih membanggakan dengan adanya bantuan dari syarikat pengurusan.

Jelas Keith, dia percaya Astro mampu membawa kerjaya lakonannya ke tahap lebih membanggakan memandangkan masyarakat di negara ini masih belum begitu mengenalinya.

Keith sebelum ini pernah berlakon dalam filem Mati Suri, Paku Kuntilanak, Bidadari Jakarta, Pengantin, Pantai Biru, Akibat Pergaulan Bebas 2 dan The Last Moment di Indonesia selain beberapa sinetron seperti Cinta dan Anugerah dan Sinar.

Bakal muncul dengan telefilem berjudul Karna Kamu Cinta di samping Erra Fazira dan Nasha Aziz arahan Michael Ang, Keith juga pernah muncul dalam drama Dalam Setiap Sujud di samping Nur Fathia.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan