Elak Sikap Buruk Jaja Kisah Cinta - Farahdhiya

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farahdhiya
Farahdhiya

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Farahdhiya tidak sesekali menjaja kisah cintanya kepada umum kerana perbuatan itu sedikit-sebanyak akan memperlihatkan sikap buruk seseorang wanita.

Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin, 29 berkata, seseorang wanita perlu mempunyai perasaan malu untuk bercakap mengenai lelaki yang dicintainya.

“Wanita kena ada rasa malu. Ini tidak... sikit-sikit, ‘I sayang boy friend I.’ Sebenarnya tak boleh macam tu.

"Wanita kena ingat, kita bukannya nak pinang lelaki tetapi kaum itu yang akan meminang kita,” katanya kepada mStar Online ketika ditanya siapakah teman lelakinya ketika ini.

Penyanyi lagu Bertakhta Di Hati Ini menjelaskan, sudah menjadi prinsipnya untuk tidak berkongsi soal kekasih kepada umum kerana individu yang dikenalinya belum tentu akan mengakhiri hubungan itu sehingga ke jenjang pelamin.

Tambah dia lagi, sekiranya sudah bertemu dengan individu yang sesuai dan kedua-dua pihak memutuskan untuk berumah tangga, barulah dia bersedia untuk menghebahkan perkara tersebut.

“Selagi belum nak kahwin, selama itulah saya akan menyimpan rahsia dengan siapa saya berkawan kerana saya memegang teguh kepada prinsip, perempuan tidak boleh jaja cinta mereka,” katanya.

Dalam pada itu bercerita mengenai album mininya yang sudah lebih setahun tertangguh kata Farahdhiya, dia sudah merakamkan tiga buah lagu sementara baki dua lagu lagi dalam proses utnuk disiapkan.

Penangguhan itu katanya bukanlah satu masalah besar sebaliknya ia akan memberi banyak ruang kepadanya untuk memastikan karya tersebut benar-benar berjaya.

“Buat masa ini saya serahkan sepenuhnya kepada Julfekar sebagai komposer yang bertanggungjawab untuk menerbitkan album itu.

"Lagipun hanya ada dua lagu lagi yang belum dirakamkan,” katanya.

Mengulas mengenai penglibatannya dalam dunia lakonan, Farawahida tetap aktif seperti artis lain dan baharu saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Bangkitnya Seorang Perempuan yang akan disiarkan di TV3.

Dia juga akan bercuti selama sebulan untuk menziarahi ibunya yang kini berada di Portsmouth, London.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan