Muzik Jaz Diangkat Menerusi 'Festival Jaz 2013'

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

'KL International Jazz Festival 2013' bakal berlangsung pada 27 hingga 30 April 2013 di Universiti Malaya.
'KL International Jazz Festival 2013' bakal berlangsung pada 27 hingga 30 April 2013 di Universiti Malaya.

KUALA LUMPUR: Penerimaan muzik jaz di negara ini masih lagi belum diterima secara meluas seperti negara-negara maju lain.

Pengerusi Eksekutif KL International Jazz Sdn Bhd, Maizon Omar berkata, ia kerana muzik ini kurang diberi pendedahan secara umum oleh media terutamanya di televisyen mahupun radio.

"Berbanding negara-negara maju lain, jaz kurang didedahkan di negara ini. Namun tidak bermakna muzik ini tiada peminat-peminatnya.

"Ini kerana banyak anjuran persembahan muzik jaz di restoran-restoran dan 'coffee house' mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

"Saya percaya peminat-peminat jaz akan lebih berkembang apabila ia didedahkan dalam pelbagai sudut termasuklah di televisyen, radio atau pelbagai anjuran persembahan," katanya.

Maizon ditemui pada majlis sidang media KL International Jazz Festival 2013 di Universiti Malaya (UM) di sini, Selasa.

Pihaknya menganjurkan festival berkenaan dengan kerjasama pihak UM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ia bakal berlangsung selama empat hari bermula 27 April 2013 di universiti itu.

Tambah Maizon, acara ini juga diadakan bagi menarik perhatian masyarakat secara meluas tentang kehebatan muzik jaz di mana ia melibatkan sebanyak 35 pemuzik antarabangsa dan 40 pemuzik tempatan.

Menurut pengarah urusan KL International Jazz, Rodin JS Kumar pula, festival ini bukan sebuah acara muzik jaz biasa kerana ia diperkembangkan lagi dengan persembahan muzik genre lain seperti Straight-ahead Jazz, Jazz Rock Fusion, Hip-Hop Jazz, dan Blues

"Barisan pemuzik-pemuzik jaz antarabangsa juga bukan calang-calang kerana antara yang terbabit termasuklah gitaris jaz kontemporari, Lee Retenour, gitaris fusion, Chuck Loeb, Jessy J (Amerika) dan pemain piano Jepun, Keiko Matsuia.

"Selain itu Rudresh Mahantappa (Italy), Kazutoki Umeza Kiki (Jepun), Jeremy Monteiro (Singapura) dan Indra Lesmana (Indonesia) turut menjayakan festival ini.

"Manakala Patrick Terbrack, The Vasement Syndicate, John Thomas Trio, John Dip Silas dan Steve Thornton pula mewakili Malaysia," ujarnya.

Beritahu Rodin, pada festival itu nanti, terdapat empat pentas termasuk pentas terbuka dan tertutup selain pelbagai aktiviti-aktiviti menarik diadakan seperti pameran lukisan dan menaiki belon panas.

Sementara itu, seminggu sebelum festival berkenaan bermula, larian KLIJF Earth Day Run turut diadakan iaitu pada 21 April 2013.

Bagi yang ingin hadir pada KLIJF, harga tiket bermula RM45 hingga RM168 boleh ditempah menerusi www.klinternationaljazz.com.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan