Roman Terima Hakiat Tidak Popular Berbanding Lagu

Diterbitkan: Selasa, 12 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roman dari kiri: Farouk, Edd dan Otam. Foto IZZRAFIQ ALIAS
Roman dari kiri: Farouk, Edd dan Otam. Foto IZZRAFIQ ALIAS

PETALING JAYA: Kumpulan Roman terpaksa akur kerana tidak dikenali berbanding lagu-lagu mereka yang popular di kalangan peminat muzik tanah air.

Salah seorang ahlinya, Farouk berkata, keadaan itu berpunca apabila Roman yang diuruskan oleh Amylea Azizan pada asalnya ditubuhkan bagi membawakan lagu-lagu runut bunyi (OST) drama-drama tempatan.

"Roman ditubuhkan sememangnya untuk projek drama OST dan selepas mendapat respons bagus, kami ingin tampil ke hadapan pula. Walaupun akur nama kami tidak dikenali berbanding lagu-lagu kami, ia bukan satu masalah.

"Insya-Allah, kami yakin jika ada yang meminati lagu-lagu Roman, itu ertinya nama kami juga akan dikenali tak kira lambat atau cepat. Lagipun membawakan lagu OST dalam drama juga satu peluang besar buat kami yang mana ramai artis inginkannya," kata Farouk.

Antara lagu-lagu Roman yang popular ialah Roman (menampilkan Kilafairy, bagi drama Tihany,TV9), Major Problema (menampilkan Marsha, drama Paan Hafiz, TV3), Wujud (menampilkan Miera Tilu, drama Tujuh Ramadan) dan Hanya Di Aidilfitri (menampilkan Kilafairy).

Selain Farouk atau nama penuhnya Mohd Farouk Abdul Razak, 23, Roman yang ditubuhkan dua tahun lalu juga dianggotai Edd (Nasnoor Zulfadhli Mohd Nasiruddin, 23) dan Otam (Ahmad Rostam Abdul Rashid, 31).

Tambah Otam pula, dia menganggap populariti lagu tanpa mengenali penyanyinya adalah satu perkara normal dalam industri muzik tempatan, namun bukan satu halangan untuk Roman memecah tradisi itu.

"Banyak perkara yang harus dilakukan dalam memperkenalkan Roman.

"Selain penghasilan lagu-lagu yang bagus, pengurusan dan promosi juga amat penting. Saya harap agar tradisi artis tidak dikenali berbanding lagu mereka akan terhapus satu hari nanti," katanya.

Edd pula berkata, dia bersama ahli-ahlinya agak terkejut apabila ada yang menganggap mereka sebuah kumpulan dari negara seberang, Indonesia.

"Kami tak tahulah sebab ada pihak yang beranggapan Roman adalah kumpulan Indonesia. Tetapi apa yang disangka itu salah.

"Mungkin nama Roman atau lagu-lagu yang ditampilkan berbeza, kami kurang pasti," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Roman muncul dengan sebuah lagi single lagu terbaru berjudul Tentang Dirimu bagi drama Kerana Lelaki Itu yang disiarkan setiap hari Isnin dan Selasa di slot Ratu TV9 pukul 8.30 malam.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan