Iqa Lebih Yakin Dengan Velvet

Diterbitkan: Isnin, 11 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Iqa (tengah) bersama ahli-ahli Velvet iaitu Shana (kiri) dan Mira. Foto AZMAN GHANI
Iqa (tengah) bersama ahli-ahli Velvet iaitu Shana (kiri) dan Mira. Foto AZMAN GHANI

PETALING JAYA: Penyanyi Iqa mengakui dia kini lebih selesa bersama kumpulan barunya, Velvet dalam mengeksplorasi visi muzik seperti yang diinginkan.

Pemilik nama Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor, sebagai vokalisnya berkata, keyakinan dalam membuat persembahan lebih tinggi terutamanya apabila ahli-ahli Velvet iaitu Shana Razma (pemain gitar kedua) dan Mira Fana (pemain gitar utama) mengiringinya berbanding menyanyi solo.

"Lain seronoknya apabila mempunyai sebuah band (kumpulan) kerana keterujaan membuat persembahan sangat tinggi.

"Malah saya lebih yakin apabila bersama-sama dengan Velvet. Kami bukan sahaja bersama di atas pentas semata-mata tetapi juga menjadi teman rapat dalam berkongsi ilmu muzik masing-masing.

"Lagipun ketika bergelar penyanyi solo, saya kurang menyerlah. Mungkin menerusi Velvet, ia memberi kelainan dalam industri muzik tanah air kita," katanya.

Shana pula berkata, walaupun nama Iqa yang juga merupakan bekas peserta akhir Mentor 5 lebih popular berbanding dirinya dan Mira yang masih lagi baru dalam industri muzik, ia bukan menjadi isu buat mereka.

"Apabila minat kami sama, isu siapa yang lebih popular daripada siapa tidak akan timbul. Yang penting perhubungan akrab kami akan terjalin seiring dengan kelahiran muzik yang ingin kami tonjolkan buat khalayak umum.

"Lagipun sebelum ini kami saling bekerjasama apabila Iqa mempunyai persembahan pentas, jadi kami masing-masing mempunyai keserasian dan Insya-Allah, Velvet akan kekal sampai bila-bila," ujar Shana.

Beritahu Mira pula, nama kumpulan Velvet bermaksud baldu, dimana tiga ahli wanita rock yang masih lagi memiliki jiwa feminin dan lembut.

Sebagai 'pembuka kata', Velvet yang merupakan artis di bawah naungan KRU Music tampil dengan sebuah single berjudul Luka yang berkonsepkan pop rock dan komersil.

"Luka dicipta sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim di mana ia mengisahkan mengenai perasaan seorang wanita yang dihampiri lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati. Wanita itu pula tidak mau meletakkan harapan yang tinggi pada cinta mereka kerana tidak mahu terluka.

"Susunan muziknya sedikit berat namun ia sesuai dengan konsep muzik Velvet dan ia juga memenuhi citarasa pendengar," kata Mira pula.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan