Gaduh Dengan Fathia Satu Tohmahan - Marsha

Diterbitkan: Khamis, 7 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Marsha menjelaskan dia tidak pernah mengenali Fathia secara rapat apatah lagi dikatakan telah bergaduh.
Marsha menjelaskan dia tidak pernah mengenali Fathia secara rapat apatah lagi dikatakan telah bergaduh.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Marsha Milan Londoh menyifatkan tuduhan dia bermasam muka dengan pelakon Nur Fathia Abdul Latiff, 25, kerana cemburu kejayaan wanita itu adalah sesuatu tohmahan yang tidak berasas.

Marsha, 28, berkata, dia tidak pernah mengenali pelakon drama Stanza Cinta itu secara rapat, apatah lagi dikatakan telah bergaduh.

"Saya tidak kenal Fathia ataupun pernah berkawan baik dengan dia, jadi macam mana pula dikatakan kami bermasam muka? Namun saya tidak nafikan kami ada bertemu ketika menghadiri majlis yang besar dan ramai artis.

"Saya tidak ada apa-apa masalah dengan dia. Tuduhan ini memang tidak masuk akal," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pratonton filem animasi Bola Kampung The Movie, di Mid Valley, di sini pada Rabu.

Marsha diminta mengulas dakwaan hubungannya dengan pelakon wanita tersebut renggang selain kedua-dua mereka telah bermasam muka kerana berebut seorang lelaki.

Jelas Marsha, dia menganggap hubungannya dengan Fathia sama seperti rakan artis yang lain.

"Saya mengaku saya pilih orang untuk berkawan rapat, sebagai artis saya sentiasa berhati-hati dalam soal berkawan.

"Saya lebih selesa berkawan dengan orang biasa berbanding dari kalangan selebriti," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, perkara seperti ini adalah lumrah dalam dunia seni yang harus dilalui seorang artis.

"Saya sebenarnya cuba lari dengan perkara kontroversi seperti ini. Kalau boleh saya mahu fokus dengan kerja yang saya lakukan sekarang," katanya.

Bercakap tentang teman lelaki, Marsha mengakui dia kini sudah setahun hidup bersendiri dan menganggap kehidupannya lebih tenang selain memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.

Marsha yang turut menyumbang suara untuk watak Puteri Amanda dalam Bola Kampung The Movie tersebut mengakui menimba pengalaman berharga dalam pembikinan filem animasi ini.

Dia turut menyanyikan lagu tema bertajuk Rindu dalam filem yang bakal ditayangkan pada 21 Mac depan ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan