Mariah Carey Janji Lagu Terbaik Dalam Album Baru - Berita Hiburan | mStar

Mariah Carey Janji Lagu Terbaik Dalam Album Baru

Diterbitkan: Ahad, 3 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Penyanyi Mariah Carey mengakui telah terlibat sepenuhnya dalam pembikinan album terbarunya kali ini.

Beliau telah menumpukan seluruh perhatiannya terhadap lagu-lagu baru dalam album ke 11 miliknya itu.

Katanya, dia tidak mahu lagu yang tidak bagus atau sekadar tangkap muat dimuatkan dalam album tersebut.

Dia bekerja keras mendapatkan muzik yang berkualiti demi memuaskan peminatnya diseluruh dunia.

"Di mana pun saya berada, saya tidak pernah lari dari fokus terhadap album ini," katanya ketika diinterview Billboard.

Bagaimanapun, dari sudut lain, penyanyi ini mengakui agak sukar untuk membahagikan masa antara kehidupan peribadi dan kerjayanya.

Ibu kepada kembar Monroe dan Maroko terpaksa berulang alik dari Las Vegas dan Los Angeles demi menyelesaikan album dan tugasnya sebagai juri American Idol.

Isteri kepada Nick Canon ini berjanji jika album ini diterima para peminatnya, dia akan beralih ke muzik yang lebih segar bagi mengoncang dunia muzik antarabangsa.

Namun, ketika ditanya tentang tarikh pelancaran album tersebut, Mariah menjawab ia adalah dalam masa terdekat ini.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan