ALBUM BARU: 'All That Echoes' Josh Groban Penuh Sofistikated

Diterbitkan: Ahad, 3 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALBUM: All That Echoes

ARTIS: Josh Groban

EDARAN: Warner Music Malaysia

ALBUM keenam penyanyi 'operatic pop' Josh Groban, All That Echoes tampil lain berbanding lima album sebelumnya.

Dengan memiliki vokal yang sememangnya mantap, suara Josh yang diberi kerjasama dengan Rob Cavallo sebagai penerbit menambah perasa unik pada album ini.

Sebanyak 12 buah lagu yang ditampilkan, Josh juga terlibat hampir kesemua lagu yang dimuatkan pada album ini.

Josh menyanyikan semula lagu Glen Hansard berjudul Falling Slowly. Begitu juga dengan lagu I Believe (When I Fall in Love It Will Be Forever), nyanyian Stevie Wonder, penyanyi kelahiran California ini membawakannya dengan cara tersendiri.

Menarik lagi, penyanyi Italy, Laura Paussini berduet bersama Josh menerusi lagu E Ti Prometterò.

Antara lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Brave, False Alarms, She Moved Through The Fair, Below The Line, The Moon Is a Harsh Mistress, Happy in My Heartache, Hollow Talk dan Sincera.

Untuk kelainan pada album ini, pemain trompet, Arturo Sandoval turut ditampilkan bagi lagu Un Alma Mas.

Secara keseluruhannya, lagu-lagu yang dimuatkan penuh sofistikated dengan suntikan klasikal, namun pada masa sama, ia masih lagi boleh didengar umum kerana muzik yang ditampilkan masih lagi berunsur pasaran komersial.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan