'Asmara Songsang' Akan Dipentaskan Di IPT

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jalaluddin Hassan (kiri) muncul sebagai artis undangan dalam teater muzikal Asmara Songsang.
Jalaluddin Hassan (kiri) muncul sebagai artis undangan dalam teater muzikal Asmara Songsang.

PETALING JAYA: Teater Muzikal Asmara Songsang yang berkisarkan tentang golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) akan dipertontonkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) selepas selesai pementasan di Istana Budaya berakhir.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan, pendekatan melalui pementasan teater ini merupakan salah satu cara untuk membendung gejala LGBT yang semakin menular terutamanya kepada golongan muda.

"Kita akan bawa pementasan ini di IPTA dan IPTS di beberapa negeri dan bandar-bandar besar di seluruh negara. Sebelum ini kita telah melakukan pelbagai cara seperti ceramah dan program motivasi untuk membanteras gejala ini dan teater merupakan salah satu inisiatif baru kita bagi menarik golongan muda menonton.

"Melalui teater ini mereka bukan sahaja berhibur malah sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka tentang gejala negatif ini," katanya ketika ditemui selepas pementasan teater tersebut di Istana Budaya, pada Khamis.

Pementasan itu dilakukan secara percuma selama dua hari bermula Jumaat (semalam).

Bagaimanapun, jelas Fuad beberapa aspek perlu diperbaiki terutamanya dari segi dialog dan pendekatan yang digunakan dalam teater tersebut.

"Kita perlu memberi pendekatan dari segi psikologi, kita tidak boleh menggunakan pendekatan menghukum sebaliknya mendidik dan beri kesedaran," ujarnya.

Sementara itu, pengarah dan penulis skrip, Rahman Adam berkata pementasan di peringkat IPTA dan IPTS memerlukan komitmen yang agak tinggi kepada pelakon-pelakon teater tersebut.

"Kita perlu melatih beberapa pelakon lain bagi mengganti pelakon asal jika berlaku hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

"Kebanyakan pelakon mempunyai komitmen dengan projek lain mereka, jadi saya perlu menyediakan jalan kedua jika mereka tidak dapat mengikuti pementasan tersebut," katanya.

Asmara Songsang memfokuskan kepada gambaran situasi sebenar kehidupan LGBT dan aktiviti gelap yang tidak diketahui masyarakat.

Berlatar belakangkan sebuah taman yang menjadi markas sekumpulan remaja yang mengamalkan aktiviti songsang dengan diketuai oleh individu tertentu.

Teater ini juga mengisahkan bagaimana pandangan masyarakat setempat dan kebimbangan ibu bapa kawasan tersebut terhadap gejala yang mempengaruhi anak-anak mereka.

Pementasan ini membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Julia Ziegler, Kamal Adli, Radhi Khalid, Razak Ahmad, Najwa P. Ramlee dan Abby Rossidi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan