Syafiq Yusof Mahu Filem Melayu Setaraf Hollywood

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syafiq meraih anugerah Pengarah harapan Terbaik pada Anugerah Cipta FFM25. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL
Syafiq meraih anugerah Pengarah harapan Terbaik pada Anugerah Cipta FFM25. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL

PETALING JAYA: Pengarah filem muda Syafiq Yusof mahu filem-filem yang dihasilkannya pada masa akan datang memiliki nilai-nilai kualiti setaraf Hollywood.

Syafiq, 20, berkata, memiliki ilmu teknik-teknik kamera dan teknik pengimejan berkomputer (CGI) yang mendalam mampu menghasilkan sebuah filem berkualiti tinggi hampir setaraf filem antarabangsa.

"Orang selalu tanya kenapa filem Melayu tak macam Hollywood? Saya sebagai pengarah juga bercita-cita untuk menghasilkan filem sebegitu.

"Jadi dengan bajet yang tidak besar, kita gunakan ilmu dengan memperkenalkan teknik-teknik yang ada bagi menambah baik kualiti filem supaya hasilnya hampir sama dengan mereka (Hollywood)," katanya.

Syafiq ditemui selepas majlis Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) pada malam Rabu lalu di e@Curve.

Pada malam itu Syafiq buat pertama kalinya meraih anugerah Pengarah Harapan Terbaik menerusi filem sulungnya, SAM (Saya Amat Mencintaimu), terbitan Skop Productions.

Beritahu anak kepada Datuk Yusof Haslam ini, dia tidak menyangka karya filem sulungnya itu diberi pengiktirafan besar dalam FFM25.

"Walaupun saya ada mengharapkan untuk menang, tetapi tak sangka ia benar-benar menyebelahi saya.

"Bagaimanapun kemenangan ini menjadi pemangkin untuk menaikkan semangat saya berkarya untuk filem-filem seterusnya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syafiq kini sedang sibuk mengarahkan filem keduanya berjudul Abang Long Fadhil yang masih lagi menjalani penggambaran di sekitar ibu kota.

Filem yang akan ditayangkan tahun depan itu dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Zizan Razak dan Aaron Aziz.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan