Bunohan Rangkul 3 Anugerah Cipta FFM25

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang (dua,kiri) menyampaikan Anugerah Pengarah Harapan kepada Syafiq Yusof (dua,kanan) pada majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM 25) di sini, Rabu malam. Turut kelihatan Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPKK, Datuk Ab Ghaffar Tambi (kanan) Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Hamdan (kiri). Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang (dua,kiri) menyampaikan Anugerah Pengarah Harapan kepada Syafiq Yusof (dua,kanan) pada majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM 25) di sini, Rabu malam. Turut kelihatan Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPKK, Datuk Ab Ghaffar Tambi (kanan) Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Hamdan (kiri). Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL

PETALING JAYA: Filem terbitan Aparat Sdn Bhd, Bunohan, menggondol tiga anugerah pada malam Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia 25 (FFM25) yang berlangsung pada malam Rabu di e@Curve, Mutiara Damansara dekat sini.

Filem tersebut membawa pulang anugerah Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.

"Siapa sangka, filem yang kurang mendapat sambutan diiktiraf dalam persada seni negara.

"Bagaimanapun saya tidak mengharapkan kemenangan yang besar pada malam kedua FFM25 (Sabtu ini). Kalau ada rezeki, Alhamdulillah," kata pengarah Bunohan, Dain Said.

Malam pertama FFM25 itu turut menyaksikan Pengarah filem SAM (Saya Amat Mencintaimu), Syafiq Yusof dinobatkan sebagai Pengarah Harapan.

Majlis perasmian dan penyampaian trofi bagi 11 kategori dipertandingkan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Dalam pada itu, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dimenangi oleh Tee Jing Chen menerusi filem Hantu Gangster.

Anugerah lain yang disampaikan pada malam tersebut ialah Filem Animasi Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Poster Terbaik, Pereka Kostum Terbaik dan Lagu Tema Terbaik.

Pemenang meraih sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM10,000.

Malam Anugerah Cipta FFM25 menyenaraikan 11 kategori manakala baki 12 kategori diumumkan pada acara kemuncak Anugerah Perdana yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu ini.

Berikut adalah pemenang-pemenangnya:

1. Poster Terbaik: Seafood (Silver Ant Sdn Bhd)

2. Pereka Kostum/Busana: 29 Februari (Hasnan Yaacob)

3. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Hantu Gangster (Tee Jing Chen)

4. Lagu Tema Terbaik: Ombak Rindu (Nurzaidi Abdul Rahman)

5. Penataan Bunyi Terbaik: Bunohan (Raja Ahmad Shaidaley dan Imaginex Studios)

6. Penataan Seni Terbaik: Bunohan (Dain Iskandar Said)

7. Pengarah Harapan: SAM (Syafiq Yusof)

8. Filem Pendek Terbaik: Sanzaru (Reservoir Production Sdn Bhd)

9. Filem Animasi Terbaik: Ninja Vs Pirate (The One Academy)

10. Skor Muzik Asal Terbaik: Bunohan (Mendiang Yuan Tan Yan Wei, Imaginex Studios)

11. Penggiat Belakang Tabir Terbaik: Lim Kim Hua (pembekal filem)

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan