Astrid Raikan Media Selepas Lagu Popular Di Red Box

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Astrid membuat kemunculan istimewa pada Malam Media Red Box yang diadakan di Sogo pada malam Rabu.
Astrid membuat kemunculan istimewa pada Malam Media Red Box yang diadakan di Sogo pada malam Rabu.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia, Astrid yang popular menerusi lagu Tentang Rasa membuat kejutan apabila muncul secara eksklusif pada Malam Media Red Box yang diadakan di pusat hiburan itu pada malam Rabu.

Astrid atau nama sebenarnya, Astrid Sartiasari, 32, berkata, dia teruja dapat berada di Malaysia untuk meraikan wakil media tempatan dalam sebuah majlis yang cukup santai.

"Senang dapat kembali lagi ke Malaysia dan bertemu dengan semua wakil media di sini dan bersama-sama meraikan pada malam yang cukup hebat," katanya.

Pada malam tersebut, hampir 300 wakil media dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman diraikan dengan pelbagai aktiviti seperti karaoke, permainan berkumpulan dan cabutan bertuah.

Astrid sempat menyampaikan dua buah lagu untuk semua tetamu termasuk single popularnya, Tentang Rasa.

Dalam pada itu, Astrid turut menerima Anugerah Karaoke Popular 2012 menerusi lagu berkenaan yang tersenarai sebagai 10 lagu berbahasa Malaysia paling popular di pusat karaoke berkenaan.

"Trofi ini saya anggap luar biasa kerana pertama kali dinobatkan dengan anugerah sebegini dan saya cukup terharu apabila lagu tersebut menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia," jelasnya yang baru sahaja melahirkan anak sulung pada Disember lalu.

Penyanyi itu juga memberitahu, dia sudah bersedia untuk kembali ke pentas hiburan selepas hampir dua berehat daripada sebarang aktiviti nyanyian.

"Menjadi ibu adalah perkara paling hebat dan sukar untuk saya berpisah dengannya namun saya sudah bersedia untuk kembali menyanyi," katanya.

Antara lagu lain yang turut diberi penghargaan kerana sering dipilih oleh pengunjung pusat hiburan itu adalah Sudah Cukup sudah nyanyian kumpulan Nirwana, Penerang Hati (Sixth Sense dan Saujana), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira) dan Pelangi Senja (Stacy).

Turut menerima penghargaan ialah Bawaku Pergi (Zizan dan Kaka), Sesal Mendua (Klangit), Lelaki Seperti Aku (Alif Satar), Ku Akui (Hafiz) dan Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo).

Red Box turut menyampaikan 10 anugerah bagi kategori lagu berbahasa Inggeris yang mendapat sambutan iaitu Set Fire to the Rain (Adele), What Makes You Beautiful (One Direction), Payphone (Maroon 5) dan We Are Young (Fun Feat Janelle Monae).

Turut tersenarai Stronger (Kelly Clarkson), Glad You Came (The Wanted), I Won't Give Up (Jason Mraz), Drive By (Train), Somebody That I Used To Know (Gotye Feat Kimbara) dan Titanium (David Guetta Feat Sia).

Trofi disampaikan oleh Pengarah Urusan Red Box, Valerie Choo.

Dalam perkembangan lain, Valerie turut melancarkan tabung We Care iaitu sebuah projek amal yang membantu mengumpul dana untuk tabung kebajikan Utusan Karya Sdn Bhd.

Melalui beg amal We Care yang dijual di semua rangkaian Red Box pada harga RM25, RM10 akan didermakan kepada dana tersebut.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan