Selebriti Anugerah Oscar ke-85 Tampil Lebih Sopan

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENJADI lumrah setiap penganjuran anugerah-anugerah berprestij, acara karpet merah sering mendapat tumpuan utama.

Begitu juga dengan Anugerah Akademi ke-85 (Oscar 85), yang berlangsung pada Ahad (waktu tempatan) apabila selebriti-selebriti wanita menjadi tumpuan mata ramai terutamanya pengkritik fesyen.

Masing-masing bergaya sakan dengan busana pereka-pereka fesyen terkenal.

Dan menariknya, pada kali ini, para selebriti wanita tampil lebih sopan mengikut garis panduan yang dikeluarkan daripada pihak Akademi iaitu tidak boleh mendedahkan dada dan punggung.

Bagaimanapun, yang kurang menariknya, mereka seperti mengambil langkah selamat dengan mengenakan baju-baju berona gelap dan pastel.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, para selebriti tampil penuh dengan gaya warna-warni.

Dalam pada itu, seperti biasa, ada juga selebriti menyarungkan pakaian pelik yang rasanya tidak sesuai untuk majlis berkenaan.

1 Seperti sebelum ini, Jennifer Lawrence sering tampil memukau saat di karpet merah. Kali ini, senjatanya adalah gaun kemban Dior Haute Couture.

2. Bintang Le Miserable, Harry Redmayne hadir bersama kekasihnya, Hannah Bagshawe. Tuxedo Alexander McQueen membuat penampilannya makin elegan.

3. Tubuh Kelly Osbourne mungkin besar, namun dia berjaya tampil elegan dalam gaun hitam Tony Ward Couture.

4. Jessica Chastain tampil sederhana tetapi tetap anggun dengan gaun Armany Prive.

5. Kelly Rowland ingin mengulang semula gaya Angelina Jolie pada tahun lalu dengan menayang pehanya menerusi gaun Donna Karan Atelier.

6. Bintang Django Unchained, Kerry Washingten tampil biasa dengan gaun rekaan Miu Miu.

8. Pasangan Channing Tatum dan Jenna Dewan tampak ideal dengan pakaian yang digayakan mereka.

9. Resse Whiterspoon memilih gaun biru Louis Vuitton, memperkuatkan penampilannya di atas karpet merah.

10. Quvenzhane Wallis masih muda tetapi selera penampilannya terlalu berlebihan.

11. Sally Field pula bergaya sederhana, sesuai dengan usianya.

12. Seperti biasa, rona putih menjadi pilihan Zoe Saldana, tampil canti dengan gaun Alexis Mabille Couture.

13. Anne Hathaway tampil berani dengan mendedahkan tubuhnya sedikit di bahagian belakang.

14. Potongan rambut pendek tidak mengurangkan keanggunan Charlize Theron yang menawan dalam gaun Christian Dior Haute Couture.

15. Catherine Zeta-Jones yang bergandingan dengan suaminya Michael Douglas anggun dengan gayanya rekaan Zuhair Murad.

16. Pasangan Helena Bonham Carter dan Tim Burton seperti tidak boleh dipisahkan dengan busana warna hitam. Kurang menarik sebenarnya.

17. Helen Hunt tampil elegan dalam gaun H&M.

18. Lagak Jennifer Aniston bak puteri apabila memilih gaun merah Salvatore Ferragamo bersama Justin Theroux.

19. Jennifer Hudson pula tampil dengan warna gelap, sesuai dengan persembahannya di pentas Oscar 85.

20 Adele juga menggunakan jalan selamat dengan rona hitam. Bagaimanapun gaya rambut yang dilepaskan itu memberikan kelainan pada imej wanita lagu Skyfall itu.

21. Halle Berry layak menjadi Bond Girl, sesuai dengan gaunya yang penuh 'enigmatic' ini.

22. Suami Salma Hayek pasti bahagia punya isteri yang tetap nampak seksi walaupun bergaya sederhana.

23. Sandra Bullock juga tampil sederhana, namun auranya tetap membuatkan orang tidak lepas pandang padanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan