Pelakon Senior Dilayan Seperti 'Kelapa Tua' - Wan Hanafi Su

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wan Hanafi Su
Wan Hanafi Su

PETALING JAYA: Sistem penghakiman dalam pertandingan filem di negara ini dilakukan oleh mereka yang gagal menilai keupayaan pelakon senior sebaliknya hanya lebih memberi tumpuan kepada pelakon-pelakon muda.

Aktor, Wan Hanafi Su, 63, menyifatkan pelakon-pelakon veteran sepertinya semakin kurang dihargai dan tidak dipandang tinggi termasuklah juri penghakiman dalam anugerah-anugerah filem.

"Itulah masalahnya, mereka tidak pandai melihat dan menilai hasil kerja orang ‘tua’.

"Orang tua ibarat seperti sebiji kelapa tua yang tidak dihiraukan sebaliknya mereka (juri) memilih kelapa muda sahaja.

"Mereka tidak melihat pelakon veteran ini di tempat atas," katanya ketika dihubungi mStar Online, pada petang Isnin.

Hanafi diminta mengulas pelakon Soffi Jikan yang mempersoalkan proses penghakiman Festival Filem Malaysia ke-25 (FF25) apabila nama Wan Hanafi tidak dicalonkan bagi mana-mana kategori anugerah itu.

Soffi juga mempertikaikan sekiranya Hanafi dianggap sebagai pelakon tua, kenapa Normah Damanhuri dan Omar Abdullah dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik mewakili filem Songlap.

Namun impak lakonan Hanafi yang sangat cemerlang sebagai Pok Eng dalam filem Bunohan yang turut mendapat pencalonan terbanyak FFM25 iaitu 13 pencalonan langsung tidak diiktiraf bagi mana-mana kategori.

Bagaimanapun, Hanafi berkata, dia akur dengan sistem penghakiman FFM25 tetapi kagum dengan keberanian Soffi menyuarakan ketidakpuasan hatinya itu.

"Pada saya, sesiapa sahaja berhak bersuara. Tindakan Soffi menegakkan nama saya juga satu pengiktirafan yang besar buat diri saya, itu sudah jauh dari cukup.

"Saya terima dan akur sahaja dengan penghakiman yang dibuat. Walaupun sedikit ‘tergamam’ tetapi buat apa saya nak lawan sistem (penghakiman)?

"Apa yang penting, selagi ada golongan marhaen mahu melihat saya beraksi di layar perak, selagi itu saya berikan yang terbaik dalam persembahan lakonan saya," ujarnya.

Tambah Wan Hanafi yang baru sahaja selesai penggambaran filem Laga terbitan Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd dan In What City Does It Live? (Everything Films Sdn.Bhd.), dia bersyukur, walaupun kurang diiktiraf tetapi bakat lakonannya masih lagi diterima ramai.

Kemuncak FFM25 akan berlangsung pada Sabtu ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan