Daniel Day-Lewis Raih Pelakon Terbaik Tiga Kali Dalam Oscar

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Daniel Day-Lewis (kiri) memegang trofi Pelakon Lelaki Terbaik bersama Meryl Streep pada Anugerah Akademi ke 85 di Hollywood pada Ahad.
Daniel Day-Lewis (kiri) memegang trofi Pelakon Lelaki Terbaik bersama Meryl Streep pada Anugerah Akademi ke 85 di Hollywood pada Ahad.

HOLLYWOOD: Daniel Day-Lewis memenangi tiga rekod pelakon terbaik dalam anugerah Akademi melengkapkan kehebatannya sebagai seorang bintang.

Kehebatannya terserlah apabila memegang watak sebagai Presiden Amerika Syarikat ke 16 iaitu dalam “Lincoln” serta menerusi “My Left Foot” sehingga melayakkannya memenangi itu buat pertama kalunya pada tahun 1990.

Pelakon British-Ireland ini turut melakonkan peranan sebagai lelaki gay dalam hubungan antara kaum pada tahun 1985 menerusi “My Beautiful Launderette” pada tahun yang sama beliau muncul dalam karya orang Inggeris atasan iaitu “Room With A View.”

Day-Lewis turut memenangi anugerah Oscar lain sebagai hartawan minyak yang kejam pada tahun 2007 menerusi “There Will Be Bold.”

Pelakon berusia 55 tahun itu telah menghasilkan empat filem sejak sedekad lalu tetapi tanpa dijangka belau telah meletakkan dirinya unggul sehingga boleh menjadi legenda.

Beliau dilahirkan pada tahun 1957 tetapi telah tercicir dalam pelajaran ketika berusia 13 tahun sewaktu membintangi “Sunday, Bloody Sunday” dan kemudiannya terus bergiat secara serius dalam dunia lakonan.

Pada tahun 1982, beliau muncul sekali lagi di layar perak dalam filem epik “Ghandi” tetapi telah mencipta populariti tiga tahun kemudian dalam dua filem iaitu “A Room With A View” dan “My Beautiful Laundrette.”

Pada tahun 1987 beliau menunjukkan kehebatan menerusi “The Unbearable Lightness of Being” arahan Philips Kaufman, sebuah karya adaptasi novel.

Pada tahun 1992 menerusi “My Left Food”, beliau memilih untuk mengekalkan karakternya menaiki kerusi roda sehingga krew penggambaran dipaksa membawanya melalui kawasan berwayar di set penggambaran.

Pada tahun 1992 menerusi epik sejarahnya – “The Last of The Mohicans”, beliau memilih untuk tinggal di atas tanah bagi memenuhi tuntutan wataknya.

Dalam pada itu ketika 1993, Day-Lewis memainkan peranan dalam “In The Name of The Father” iaitu orang Ireland yang zalim .

Beliau juga pernah mengarahkan kru filem mencurahkan air sejuk ke badannya ketika penggambaran filem. Ketika penggambaran “The Crucible” pada tahun 1996, beliau bertemu Rebecca Miller yang dijadikan isterinya.

Pada tahun 1997 beliau menghasilkan “The Boxer” sebelum berehat dalam dunia seni selama lima tahun sehinggakan 'percutiannya' itu menimbulkan pelbagai spekulasi. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan