Camila Alves Langsing Selepas Dua Bulan Bersalin

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Camila tampil dengan tubuh badan yang langsing selepas dua bulan bersalin anak ketiga.
Camila tampil dengan tubuh badan yang langsing selepas dua bulan bersalin anak ketiga.

MODEL Camila Alves McConaughey yang baru sahaja bersalin anak ketiganya dua bulan lalu telah mengejutkan ramai apabila dia tampil dengan tubuh badan yang langsing pada acara karpet merah Parti Style di Hotel Four Season, Beverly Hills, Callifornia, Jumaat lalu.

Isteri kepada aktor Matthew McConaughey itu tampil dengan gaya berseluar panjang dipadankan dengan kot sendat cukup membuatkan dia tampak elegan

"Buat masa ini saya masih lagi dalam tempoh menguruskan badan dan bersenam secara kerap agar dapat kembali langsing seperti dulu.

"Tetapi tidak boleh terlalu ligat bersenam. Bagaimanapun saya mengambil pemakanan berkhasiat.

"Rasa seronok pula apabila menjaga pemakanan kita kerana hasilnya sangat menakjubkan," katanya kepada portal Accesshollywood.

Camila yang mendirikan rumah tangga bersama Matthew pada Jun tahun lalu melahirkan anaknya, Livingston pada 28 Disember lalu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan