Isteri Wiz Khalifa Selamat Lahirkan Anak Sulung - Berita Hiburan | mStar

Isteri Wiz Khalifa Selamat Lahirkan Anak Sulung

Diterbitkan: Ahad, 24 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FotoWiz Khalifa bersama Amber sebelum melahirkan anak sulung mereka.
FotoWiz Khalifa bersama Amber sebelum melahirkan anak sulung mereka.

WIZ Khalifa kini bergelar ayah selepas tunangnya, Amber Rose, melahirkan anak lelaki pada Khamis lalu.

Wiz telah membuat pengumuman itu di akaun Twitter miliknya.

"Happy Birthday Sebastian "The Bash" Taylor Thomas! Semua orang menyambut kehadiran lelaki muda ini ke dunia," katanya di Twitter miliknya.

Amber pula membalas status Wiz menyatakan mereka berdua begitu bahagia dengan kehadiran putera pertama mereka.

Tidak lama kemudian, ucapan tahniah pula diberi oleh selebriti-selebriti lain termasuklah Rihanna dan Snoop Dog di Twitter.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan