Final 'Mimpi Ke Bintang' 16 Mac 2013

Diterbitkan: Ahad, 24 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengacara MKB, Azad Jasmin dan Seri Nabilla.
Pengacara MKB, Azad Jasmin dan Seri Nabilla.

PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) muncul dengan sebuah program TV pencarian bakat iaitu Mimpi Ke Bintang (MKB), hasil penjenamaan semula program Bakat TV yang dipelopori RTM sejak tahun 1970-an.

Ia diadakan bagi mencari bakat dalam pelbagai kategori lawak jenaka, akrobatik, silap mata, bermain alat muzik yang unik dan kebolehan kreatif mencipta sesuatu.

"Pencarian bakat masih relevan hingga ke saat ini. Tidak kira apa saja cabang bakat yang ingin dicari atau diasah, kewujudan program sebegini selalunya mendapat tempat di hati masyarakat.

"MKB pula membuka ruang berkarya yang lebih luas sebagai pilihan dengan kebenaran menggunakan media baru dalam persembahan, membawa bahan atau membuat klip video promosi sendiri," kata sebuah kenyataan media yang diberikan kepada mStar Online.

MKB mencari bakat dalam kepantasan dan kebolehan luar biasa anggota tubuh, minda, formasi kreatif, kebolehan meniru bunyi, keberanian luar biasa dan lain-lain yang sesuai untuk tontonan umum.

Program yang diadakan secara langsung ini diterbitkan bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan RTM di bawah Program Kerjasama Strategik RTM-JKKN.

MKB yang sudahpun selesai menjalani ujibakat dalam beberapa peringkat dan berjaya menarik perhatian hampir 300 penyertaan.

Daripada jumlah itu ia dikecilkan menjadi 50 dan seterusnya hanya sembilan peserta yang mara ke peringkat akhir.

Setelah melalui tiga peringkat suku akhir dan dua peringkat separuh akhir sejak Disember lalu, sembilan peserta telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir iaitu The Siblings Band (Kumpulan adik beradik yang bermain alat muzik secara kreatif) dari Melaka, Nik The Free Styler (Permainan bola sepak gaya bebas) dari Kedah dan Zaini Bayang (Ahli Silap Mata Ilusi) dari Selangor.

Tak ketinggalan ialah Wan Rull Puppet (Boneka dan Lawak Jenaka) dari Sabah, Warisan Persada (Keberanian Luar Biasa-Pijak Kaca) dari Negeri Sembilan, Roku Steps (Kebolehan Tarian Api) dari Selangor, Three F (Kebolehan aksi skipping dan tali gaya bebas) dari Perlis, Aiman Hafiz (Ahli Silap Mata) dari Pulau Pinang dan Nobita Kimi (‘Beat Box’-Kebolehan Pelbagai Gaya Suara) dari Sabah.

MKB sudah mencetuskan fenomena baru dunia penyiaran apabila berjaya mencecah secara purata lebih setengah juta rating setiap kali bersiaran pada setiap Sabtu, jam 9 malam di TV2 dengan mengetengahkan kedua-dua pengacara mereka Azad Jasmin dan Seri Nabilla.

Acara kemuncak MKB bakal berlangsung pada 16 Mac depan di Auditorium Perdana, Angkasapuri pukul 9 malam.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan