Pekin Tunggu Reaksi Bersama Grup Seven World

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pekin
Pekin

PETALING JAYA: Pelakon Pekin Ibrahim tidak sabar untuk melihat reaksi peminat apabila tampil dengan kumpulan muziknya yang dikenali Seven Words menerusi lagu Perjalananku Ke Langit.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd. Iznan Ibrahim, 32, berkata, lagu yang sudah lama dihasilkan itu telah pun diedarkan ke stesen-stesen radio bercirikan lirik ketuhanan serta suntikan elemen golongan ahli sufi.

"Saya suka mengamati puisi-puisi daripada golongan ahli sufi dan ulama seperti Sheikh Abdul Qader Jailani dan apabila dimasukkan pula konsep muzik moden seperti ‘new wave’ dan rock, ia akan menarik perhatian pendengar terutamanya golongan remaja.

"Saya suka menggunakan pendekatan antara alam sekitar, pandangan peribadi dan gabungan irama lagu yang lebih global sifatnya.

"Penampilan bersama Seven Words ini sebagai hadiah kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong saya dalam karier lakonan," katanya.

Selain Pekin sebagai penyanyi, Seven Words turut dianggotai oleh Sir Abe Watanabe (vokal), Man Tarbek (dram), JD (bass), Dan (gitar) dan Along (keyboard).

Seven Words pernah muncul dengan album pertama berjudul TraGD Realiti pada tahun 2002.

Sementara itu, Pekin turut membintangi Rock Oo: Rimba Bara Kembali yang akan ditayangkan bermula 28 Februari ini.

Dalam filem itu Pekin menggalas watak Slash, seorang pemain gitar yang jiwang dan berpengaruh dalam muzik-muzik Barat.

"Dalam filem ini, Slash dilihat sebagai watak yang mengikut budaya Barat pada luaran tetapi jiwanya masih lagi Melayu.

"Menarik lagi watak saya tidak banyak dialog dan hanya menggunakan ekspresi wajah. Saya harap filem ini mendapat sambutan menggalakkan Insya-Allah," katanya.

Rock Oo: Rimba Bara Kembali terbitan Grand Briliance Sdn Bhd dan Naga AVXS Sdn Bhd merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula.

Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan dan mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanah air.

Rock Oo: Rimba Bara Kembali turut dibarisi i Khir Rahman, Sofi Jikan dan Norazmi Baharon.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan