Lindsay Lohan Tewas Kes Saman Pitbull

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

LOS ANGELES: Aktress Lindsay Lohan dilaporkan tewas dalam kes saman terhadap penyanyi rap dan penulis lagu, Pitbull kerana menggunakan namanya tanpa kebenaran dalam lagu berjudul Give Me Everything menampilkan Ne-Yo dan Afro Jack pada 2011.

Dalam lirik lagu yang berbunyi, “Saya sembunyikannya bersama Lindsay Lohan (dalam jel)”, aktres itu mendakwa Pitbull tidak mempunyai hak untuk menggunakan namanya tanpa kebenaran sehingga memaksa dia mengambil tindakan undang-undang.

Menurut laporan, Lohan mendakwa lirik lagu itu adalah satu kenyataan berbaur fitnah, mempersendakan dan merendah-rendahkan dirinya.

Lohan juga mendakwa lagu tersebut mencabuli hak privasinya dan menggunakan namanya atas tujuan komersial tanpa kebenaran.

Dalam dakwaannya, bintang bermasalah itu mendakwa lagu itu menyebabkan gangguan emosi yang teruk kepadanya.

Bagaimanapun, setelah meneliti kes berkenaan hakim Mahkamah Daerah New York, Denis R. Hurley pada Khamis lalu menetapkan Pitbull atau nama sebenarnya Armando Cristian Pérez, 32, tidak bersalah atas dakwaan terbabit.

Laman web tmz.com melaporkan, hakim mendapati sesebuah lagu adalah hasil seni yang dilindungi di bawah Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan