Hayati Irama Jaz Lokman Aslam 8 Mac Depan

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lokman Aslam
Lokman Aslam

PETALING JAYA: Tidak ramai artis ketika ini yang berminat terhadap irama jaz tetapi pemuda bernama Lokman Aslam mahu membuktikan genre muzik seperti itu mampu menaikkan namanya.

Sebagai pencinta kepada muzik itu, Lokman atau nama sebenarnya Mohd Lokman Aslam Abdul Mutalip, 26, mengajak peminat jaz di negara ini untuk menonton persembahannya yang akan berlangsung di The Heritage Club, Hotel Royale Chulan, dekat sini pada 8 Mac depan.

“Datang dan tontolah sendiri kehebatan lagi-lagu jaz yang akan saya persembahkan. Saya berjanji akan memberi persembahan yang luar biasa untuk peminat jaz,” katanya kepada mStar Online.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, dalam persembahan yang dikenali sebagai ‘One Nite Only With Lokman Aslam’ itu nanti, dia akan mempersembahkan lagu-lagu hebat yang pernah dipopularkan oleh Datuk Sheila Majid, Allahyarham P. Ramlee dan Ismail Marzuki.

Malah rangkaian lagu-lagu jaz antarabangsa lain turut tidak dilupakan seperti lagu-lagu dari John Legend, Frank Sinatra, Michael Buble dan David Bruback.

“Ia adalah satu sumbangan kecil saya untuk mempopularkan lagu-lagu jaz di negara ini dan berharap ia benar-benar mendapat sokongan ramai,” katanya.

Lokman Aslam yang telah menempa nama dalam One In A Million musim pertama bersama Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah turut berbangga apabila lagunya iaitu Namun Engkau Tahu telah menjadi hit di YouTube apabila disaksikan 96,000 orang.

Sehubungan itu dia menaruh keyakinan persembahannya nanti akan mendapat tempat di hati peminat.

Tiket bagi menyaksikan persembahannya dijual dengan harga RM50 yang boleh ditempah dengan menghubungi kelab berkenaan menerusi talian 03-26889604 atau 03-26889614.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan