Wings Hadapi Cabaran Untuk Konsert 'Rockestra'

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wings dari kiri; Black, Awie, Joe dan Eddie.
Wings dari kiri; Black, Awie, Joe dan Eddie.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wings berdepan cabaran untuk menampilkan kelainan pada konsert Wings Rockestra yang akan berlangsung pada hujung April depan.

Menurut vokalisnya Awie, konsert pada kali ini berbeza dengan konsert Opera Hidup pada dua tahun lalu daripada segi konsep dan senarai lagu.

"Pada kali ini kami akan tampilkan lagu-lagu popular yang tidak pernah dipersembahkan di depan khalayak.

"Susah juga untuk pilih lagu kerana kita ada terlalu banyak pilihan. Tambahan pula, kami perlu ubah susunan muzik bersesuaian dengan orkestra.

"Cabaran di sini adalah untuk menggabungkan elemen rock dan orkestra," katanya.

Awie dan tiga lagi ahli Wings iaitu Joe, Black dan Eddie ditemui pada pelancaran konsert itu di Istana Budaya (IB) di sini, petang Khamis.

Konsert selama dua jam setengah itu bakal diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini pada 26 hingga 30 April depan.

Wings yang dijangka menyampaikan 20 lagu bakal diiringi 43 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Awie menambah, kejayaan konsert Opera Hidup yang turut diadakan di lokasi sama sebelum ini menjadi penanda aras untuk mereka menampilkan persembahan yang lebih baik.

"Kami tidak ambil ringan atas kejayaan lepas (konsert Opera Hidup). Sudah tentu kami mahu persembahan yang lebih baik.

"Sebab itu kami tidak boleh terlalu ghairah atau merendah (diri) dalam persiapan konsert ini.

"Yang penting, kualiti pada kali ini perlu lebih baik atau sekurang-kurangnya setanding dengan konsert lepas," katanya.

Ditanya mengenai persiapan, Awie mengakui bimbang untuk menepati jangkaan besar penonton terhadap mereka.

"Sebenarnya takut juga untuk adakan konsert di sini (IB). Jangkaan orang tinggi pada kami. Jadi persiapan juga perlu menepati jangkaan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah IB Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, kejayaan konsert Opera Hidup meyakinkan pihaknya untuk membenarkan kumpulan itu beraksi buat kali kedua.

"Dalam sejarah IB, konsert Opera Hidup adalah yang paling berjaya berdasarkan jualan tiket.

"Kami bersetuju kerana mereka (Wings) menjanjikan lagu-lagu yang belum pernah dipersembahkan depan khalayak," katanya.

Tiket-tiket berharga RM69 hingga RM499 boleh didapati dengan melayari ticket2u.biz.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan