Lakonan Que Haidar Macam 'Kayu' Dimarahi Mamat Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Que haidar berjaya melakonkan wataknya sebagai Amy Mat Piah dalam Rock Oo.
Que haidar berjaya melakonkan wataknya sebagai Amy Mat Piah dalam Rock Oo.

PETALING JAYA: Pengarah filem Rock Oo: Rimba Bara Kembali iaitu Mamat Khalid mengakui telah memarahi Que Haidar kerana gagal menjiwai watak sehingga membuatkan pelakon itu menangis ketika penggambaran filem tersebut pada tahun 2011.

Mamat, 50, berkata, pada ketika itu dia kecewa dengan kerja lakonan Que tidak sehebat lakonannya dalam filem-filem terdahulu sebelum membuat keputusan untuk bersara di bidang seni pada 2010.

"Saya faham situasinya, ketika penggambaran Rock Oo dijalankan, sudah lama dia tidak berlakon.

"Tetapi apabila melihatnya berlakon macam kayu, rasa geram pula kerana dia macam kehilangan sesuatu lalu saya memarahinya sehingga dia menangis," katanya.

Mamat ditemui pada tayangan perdana filem Rock Oo pada malam Khamis di Cineleisure @ Curve di sini.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mempunyai barisan pelakon yang hebat seperti Khir Rahman, Sofi Jikan, Pekin Ibrahim dan Norazmi Baharon yang banyak membantu Que untuk menghayati watak Que sebagai Amy Mat Piah.

"Mujurlah, lakonan 'kayu' Que hanya untuk beberapa hari sahaja dan kemudian, dia sudah kembali kepada dirinya yang asal," ujarnya.

Sementara itu, Que pula berkata, keadaannya lebih tertekan selepas dimarahi Mamat dan berasa kurang keyakinan serta risau sekiranya penonton yang menyaksikan filem ini tidak berpuas hati dengan lakonan yang disampaikan.

"Memang saya tertekan ketika itu. Saya menangis di satu sudut dengan menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Khir berkata 'kau pujuk aku berlakon filem ini, semuanya sebab kau'.

"Mana tidaknya, peminat telah meletakkan harapan yang sangat tinggi apabila mendapat tahu saya berlakon dalam filem ini dan ia kemunculan pertama selepas memberi kenyataan mahu berehat daripada industri.

"Jika lakonan saya macam kayu, sudah pasti mereka akan kecewa. Bagaimanapun saya bersyukur kepada kawan-kawan terutamanya Khir yang banyak membantu saya menjayakan filem ini," ujarnya

Rock Oo terbitan Grand Briliance dan Naga AVXS Sdn Bhd merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula.

Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan dan mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanah air.

Rock Oo: Rimba Bara Kembali bakal menemui penonton di pawagam bermula 28 Februari ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan