Selepas Taylor Swift, Harry Styles Bercinta Dengan Wartawan

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Harry dan Billie dikatakan sedang hangat bercinta.
Harry dan Billie dikatakan sedang hangat bercinta.

BELUM dua bulan pun keretakan hubungan cinta dengan penyanyi Taylor Swift, Harry Styles dikhabarkan sudah mempunyai pengganti yang merupakan seorang wartawan.

Menurut laporan portal DigitalSpy, terdapat foto yang diambil oleh portal Heatworld menunjukkan wartawan bernama Billie JD Porter itu dilihat sedang memeluk mesra dengan Harry dan lagak mereka seperti sepasang kekasih.

Kedua-dua mereka dilihat saling bertentang mata malah terdapat juga beberapa foto kedua-dua mereka berjalan meninggalkan sebuah kelab di London pada Ahad lalu.

Sehingga kini Harry yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan One Direction itu tidak membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun Billie menerusi akaun Twitter miliknya menegaskan wanita yang bermesra dengan Harry pada foto berkenaan bukan dirinya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan