Fergie & Josh Duhamel Bakal Timang Anak Pertama

Diterbitkan: Rabu, 20 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fergie dan suaminya, Josh.
Fergie dan suaminya, Josh.

PASANGAN selebriti iaitu penyanyi Fergie dan suaminya aktor Josh Duhamel mengesahkan mereka bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

Berita baik itu disahkan pasangan tersebut menerusi akaun Twitter mereka pada tengah hari Isnin (waktu tempatan).

Fergie, 37, yang juga ahli kumpulan hip hop The Black Eyed Peas menulis dalam Twitter: “Saya & Josh & BAYI menjadi tiga. #mylovelybabybump.”

Aktor filem Transformers itu pula menulis: “Saya dan Fergie dan BAYI menjadi tiga. #MyLovelyBabyBump.”

Pasangan itu turut memuat naik gambar mereka ketika zaman kanak-kanak.

Fergie dan Duhamel, 40, yang berkahwin pada 2009 bakal menimang cahaya mata buat kali pertama.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan