Adele Perjelas Isu Musuhi Chris Brown

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar yang didakwa Adele dan Chris sedang bertengkar pada malam Anugerah Grammy baru-baru ini.
Gambar yang didakwa Adele dan Chris sedang bertengkar pada malam Anugerah Grammy baru-baru ini.

FOTO yang menunjukkan Adele dan Chris Brown sedang bertengkar pada malam Anugerah Grammy baru-baru ini telah menimbulkan salah faham dan kedua-dua penyanyi itu tampil memberikan penjelasan.

Adele, 24, menerusi laman Twitter miliknya menjelaskan mereka tidak pernah bergaduh dan semasa kejadian mereka sedang mengucapkan tahniah ke atas satu sama lain selain bertanya khabar.

"Chris dan saya sebenarnya bukan sedang bertengkar tetapi berbual-bual sambil mengucapkan tahniah untuk malam tersebut dan gambar tersebut tidak menceritakan keseluruhan situasi," jelasnya.

Chris dalam satu entri pula menyebut senang bertemu dengan Adele dan mengucapkan terima kasih kepada penyanyi lagu Someone Like You itu kerana telah menjelaskan situasi sebenar.

"Terima kasih Adele kerana telah menjelaskan perkara sebenar dan senang bertemu dengan anda pada malam itu," jelasnya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan