Pengacara Dahlia Shazwan Akur Dianggap Sombong

Diterbitkan: Ahad, 17 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dahlia Shazwan
Dahlia Shazwan

KUALA LUMPUR: Pengacara baharu Astro, Dahlia Shazwan enggan menyalahkan mana-mana pihak berhubung dakwaan kononnya dia bersikap sombong dan berat mulut.

Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 25, berkata, salah faham itu timbul disebabkan sifat semula jadinya yang tidak pandai bergaul dengan orang yang tidak dikenali.

"Sudah banyak kali saya dengar orang kata saya kekwat (sombong) dan tidak mesra dengan orang keliling tetapi saya tidak salahkan orang lain.

"Sebenarnya saya seorang yang pemalu dan tidak pandai sangat berbual dengan orang yang tidak dikenali," jelasnya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Penyampai berita Gala TV di Astro Awani ini berkata, sebagai orang baharu dalam bidang hiburan dia berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri agar lebih disenangi ramai.

"Saya agak kecewa juga dengan tuduhan itu tetapi sama ada suka atau tidak, saya perlu menyesuaikan diri dengan budaya pergaulan dalam industri ini.

"Cuma berilah saya masa untuk baiki kekurangan ini sebab agak susah untuk ubah sikap semulajadi yang berat mulut kepada periang dengan serta-merta," katanya.

Dahlia berkata, dakwaan itu dianggap sebagai peringatan untuk perkembangan kerjayanya yang baharu bermula.

"Saya perlu ubah kekurangan yang ada. Bagi saya kalau tiba-tiba kita bersikap bertentangan dengan sifat semulajadi bukan bermakna kita hipokrit.

"Demi kebaikan dan mendatangkan keselesaan semua pihak, tidak salah jika saya ubah sikap," katanya.

Dahlia adalah salah seorang daripada 11 pengacara dan wartawan penyiaran pelapis Astro di bawah bimbingan pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan