Hajat Kuswadinata Bercuti Di Pulau Kapas Tidak Kesampaian

Diterbitkan: Ahad, 17 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hasrat Kuswadinata untuk bercuti bersama keluarganya di Pulau Kapas, Terengganu tidak kesampaian.
Hasrat Kuswadinata untuk bercuti bersama keluarganya di Pulau Kapas, Terengganu tidak kesampaian.

KUALA LUMPUR: Percutian bersama keluarga ke Pulau Kapas, Terengganu adalah hajat terakhir Kuswadinata, namun ia tidak kesampaian apabila pelakon veteran itu meninggal dunia pada petang Sabtu.

Isteri Allahyarham, Kamariah Mohd Said, 57, berkata Kuswadinata sering menyuarakan hajatnya itu semasa beliau terlantar di hospital sejak tahun lepas.

"Beliau sering berkata ingin ke sana selepas pulih daripada penyakitnya, namun hajatnya tidak kesampaian," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini malam ini.

Kamariah berkata Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kerap menasihati beliau agar tidak meninggalkan solat serta menjaga anak-anak.

Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 5.07 petang susulan beberapa penyakit yang dihadapi termasuk kanser usus dan buah pinggang.

"Apa yang lebih menyedihkan, beberapa hari yang lepas, Allahyarham memberitahu saya 'Saya akan merindui kamu', dan saya tidak menyangka ada maksud di sebalik kata-kata itu," kata Kamariah, ibu kepada empat anak berumur antara 23 dan 27 tahun hasil perkongsian hidup bersama Kuswadinata.

Antara rakan artis yang menziarahi jenazah ialah Rosyam Nor, Aznah Hamid dan Datuk Aziz Singah.

Sementara itu, seorang pelakon yang juga anak saudara Allahyarham, Heryanto Hassan, 42, menyifatkan arwah sebagai mentornya dalam dunia lakonan.

"Allahyarham banyak mengajar saya dalam dunia lakonan, dan antara insan yang membawa saya lebih ke depan dalam industri lakonan," katanya.

Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo, yang turut menziarahi memberitahu Bernama, pihaknya akan membantu menguruskan jenazah Allahyarham.

"Saya sebagai ketua di sini rasa bertanggungjawab untuk membantu memandangkan Allahyarham juga merupakan seorang anggota qariah masjid berhampiran," katanya.

Allahyarham, yang meninggalkan dua isteri, sembilan anak, 14 cucu dan seorang cicit, akan dikebumikan esok.

Dilahirkan di Singapura, Kuswadinata memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris.

Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan