Raffi Ahmad Merayu Agar Dibebaskan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raffi Ahmad.
Raffi Ahmad.

PELAKON dan pengacara Raffi Ahmad terpaksa merayu kepada pegawai bertugas di Badan Narkotik Nasional Indonesia (BNN) dengan harapan dapat dibebaskan selepas ditahan menganjurkan majlis keramaian melibatkan dadah.

Rakannya, penyanyi dangdut, Irma Darmawangsa berkata, dia sedih melihat keadaan Raffi yang mahu segera keluar dari BNN sehingga terpaksa merayu agar dibebaskan.

"Sambil garu-garu kepala Raffi beritahu dia ingin keluar dan kembali bekerja dan merayu berulang kali supaya dibebaskan," kata Irma ketika melawatnya di BNN cawangan Jakarta Timur baru-baru ini.

Simpati dengan keadaan rakannya itu, Irma berkata, dia turut merayu kepada pegawai tersebut namun tidak diendahkan.

"Kami banyak menghabiskan masa dengan berbual dan dia memberitahu sangat merindui untuk kembali mengacarakan program Dahsyat," ujarnya.

Dalam pada itu, Irma berkata, berat badan Raffi juga semakin bertambah dan wajahnya kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ditahan.

"Dengar cerita daripada Raffi dia memberitahu aktiviti di BBN kebanyakan dihabiskan dengan makan dan tidur. Itu mungkin menyebabkan berat badannya bertambah," jelasnya.

Selain Raffi, antara selebriti yang turut ditahan ketika kejadian adalah pelakon Wanda Hamidah, Irwansyah serta isterinya Zaskia Sungkar.

Pemeriksaan polis menemui sejumlah dadah jenis ekstasi dan ganja di kediaman berkenaan yang terletak di Lebak Bulus, Jakarta Selatan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan