Porsche Chris Brown Remuk Kerana Elak Paparazi

Diterbitkan: Isnin, 11 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chris Brown
Chris Brown

BEVERLY HILLS: Penyanyi hip hop Chris Brown terus ditimpa malang apabila terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kereta Porsche dipandunya merempuh di kawasan 600 Block Bedford Drive/Camden Drive, Beverly Hills, California pada Sabtu lalu (waktu tempatan).

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Polis Beverly Hills, dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 12.03 tengah hari itu, Brown dipercayai hilang kawalan kerana mahu mengelak daripada paparazi yang mengekorinya.

Bagaimanapun, dia tidak mengalami kecederaan melainkan kerosakan teruk pada bahagian depan kereta berwarna hitam itu.

Difahamkan, Brown sedang menuju ke sebuah acara amal apabila keretanya dipotong oleh dua kenderaan lain secara tiba-tiba dan memaksa dia memberhentikan kereta.

Dua paparazi dikatakan keluar secara agresif daripada kenderaan mereka dan berusaha untuk mengambil gambar penyanyi itu.

Wakil kepada Brown berkata kepada TMZ, “Dua penumpang keluar bersama kamera masing-masing dan bertindak agresif menuju ke arah kereta penyanyi itu.

“Dia (Brown) cuba melarikan diri dengan memecut keretanya melalui lorong terbabit sehingga merempuh dinding. Bagaimanapun, dia tidak mengalami kecederaan.”

Pada baru-baru ini, Brown terlibat dalam perbalahan dengan penyanyi Frank Ocean sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian tangan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan